Suami tumbuk & gigit isteri sampai berdarah kerana delete Facebook apps


Bengang aplikasi Facebook di telefon dibuang, seorang lelaki tergamak menumbuk dan menggigit isterinya. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 6 petang Sabtu lalu di Kampung Bakau Tinggi, Chukai, mangsa berusia 20 tahun dimarahi oleh suspek kerana membuang aplikasi tersebut. 

Pertengkaran itu kemudian menjadi semakin serius apabila suspek bertindak menarik rambut mangsa. 

Suspek yang menggila bagaikan tiada hari esok, turut menggigit leher dan dada mangsa sehingga berdarah. Kepala mangsa juga ditumbuk tanpa belas kasihan. 

Tidak tahan dengan sikap baran suspek, mangsa membuat laporan di Balai Polis Chukai dan mendakwa kejadian itu kerap berlaku. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012. 

Post a Comment

0 Comments