'Dijamin selamat & murah' - Wajah cantik berseri hanya dengan lima tips penjagaan kulit muka


Penjagaan kulit wajah sangat dititikberatkan bukan sahaja dalam kalangan wanita masa kini, malah golongan lelaki juga tidak terlepas peluang untuk menjaga penampilan kulit wajah mereka. Tambahan pula, memiliki wajah ('glass skin') menjadi viral ketika ini.

Tidak seperti dahulu, produk kosmetik kini sangat laris di pasaran. Namun begitu, di sebalik keterujaan individu untuk memiliki kulit wajah yang cantik, individu perlu berhati-hati dalam memilih produk yang bersesuaian.

Penerangan yang sangat lengkap dan padat tentang penjagaan kulit wajah ini telah dikongsikan oleh seorang wanita. Bukan setakat asas-asas rutin penjagaan dikongsikan, malah turut dinyatakan jenama produk yang bersesuaian dengan kulit wajah masing-masing. Sudah pastinya untuk memiliki wajah ‘viral’ (‘glass skin’) seperti yang diidamkan  juga akan tercapai jika petua yang dikongsikan oleh wanita ini dapat diikuti.

ASSALAMUALAIKUM semua. Malam ni saya nak share sikit tentang basic skincare routine. InsyaAllah hampa bolehlah amalkan untuk menjaga kecantikan kulit wajah hampa bagi wanita juga lelaki. Saya dah sakan edit semua gambar, serta sedikit info penjagaan kulit wajah dan pilihan antara produk yang paling terbaik yang hampa boleh pilih di drugstore berdekatan hampa.

5 BASIC SKINCARE ROUTINE:
  1. Cleanser (siapa yang pakai makeup kena remove dulu dengan makeup remover nah sebelum cuci muka)
  2. Scrub
  3. Toner
  4. Mosturizer
  5. Sunscreen
Lima benda ja weh, hampa wajib kena ada. Antara semua produk dalam gambar yang saya edit ni hampa boleh pilih bergantung kesesuaian jenis kulit muka hampa okey. Hampa boleh share dan amalkan, semoga membantu hampa yang masih tercari cari produk yang sesuai dan terbaik dengan hampa.

Kenapa saya pilih produk drugstore? Sebab dijamin tiada bahan kimia, selamat dan murah. Setiap info lengkap ada di setiap gambar. TAPI sebelum ambil apa-apa produk tolong tolong kenal pasti dahulu kulit muka jenis kulit apa.
  1. KERING - kurang air, kurang lembap, muka tidak glowing dan kusam.
  2. BERMINYAK- satu muka sangat berminyak
  3. KOMBINASI - T zone berminyak (dahi, hidung, dagu) dan pipi kering.
  4. SENSITIF - mudah naik ruam dan gatal gatal
  5. NORMAL- kering biasa biasa dan minyak biasa biasa
Macam mana nak tahu kulit kita ni jenis mana, kena buat test:

1. Sebelum tidur cuci muka sahaja tanpa letak apa apa skincare kemudian tidur. Bangun pagi je pagi buat test: oil control paper / tisu (potong cebisan 7 bahagian)

2. Tempek di dahi, hidung, 2 belah pipi, dagu dan 2 belah rahang pipi.

3. Tengok paper/tisu tu melekat di bahagian mana:
  • Semua melekat (berminyak)
  • Melekat di T zone (kombinasi)
  • Jatuh semua (kering)
  • Nak lekat tak nak lekat je (normal)
Kalau muka sensitif pun kena test sama ada sensitif dan berminyak, sensitif dan kering atau sensitif dan kombinasi. Okey? Dah tahu kulit muka jenis apa? Okey, senang la nak membersihkan, merawat dan melindungi kulit hampa. InsyaAllah, semoga bermanfaat. 



STEP 1: CLEANSER

Ini di antara produk yang helok hampa boleh amalkan setiap hari, pilihlah satu yang paling sesuai dengan kulit muka hampa okey.

Tolong elakkan cleanser yang ada :
  1. Sodium lauryl sulfate ( mengeringkan kulit muka )
  2. Alcohol ( mengeringkan kulit muka )
  3. Fragrance ( kulit sensitif akan lebih bermasalah )
Cuci muka paling bagus lepas buat aktiviti kat luar, lepas masak, terdedah dengan habuk dan sebelum tidur. Tidak digalakkan cuci muka waktu pagi sebab setiap pagi muka hampa masih fresh dan lembab. Elok kekalkan kelembapan tu dengan cuci dengan air biasa sahaja. 

Lagi satu setiap kali cuci muka kurangkan kuantiti cleanser tu, okey. Jangan letak selambak lepas tu buat cuci muka, jangan naaa. Picit kebesar hujung jari kelingking sahaja. Yang pakai makeup, jangan lupa remove dulu makeup dengan makeup remove apa-apa brand yang free alcohol, free fragrance. Lagi helok produk tu berasaskan water base baru la cuci muka bagi bersih, lap pakai tuala yang bersih atau tisu paper.


STEP 2: SCRUB

Kenapa perlu scrub? Kerana kulit kita selepas 26 hari akan tertanggal sel kulit mati dan salin kulit baru. Kulit mati itulah yang akan menyumbatkan pori-pori muka kita ia mengakibatkan muka naik jerawat, ada blackhead dan whitehead di muka. Jadi apabila kita scrub inilah yang membantu untuk tanggalkan sel kulit mati dari muka kita.

Buatlah dalam 1-3 kali seminggu. Elakkan pakai scrub yang butirnya kasar kerana akan melukakan kulit muka kita dan muka akan cepat rosak. Pilih scrub yang halus sahaja dan dalam proses scrub pada muka tu buatlah secara pelahan-lahan sahaja kerana kulit muka kita sangat lembut. Ini antara produk scrub yang bagus yang hampa boleh try okey, 


STEP 3: TONER

Toner membantu seimbangkan Ph muka kita, kerana cleanser bersifatkan alkali selepas kita cuci muka Ph muka kita akan naik sedikit dari Ph asal dan membuatkan muka kita menjadi kering. Oleh itu dengan memakai toner ini akan membantu seimbangkan semula suhu Ph di muka kita.

Toner dapat mengembalikan kelembapan pada muka kita. Selain itu toner juga dapat membersihkan muka kita dari kotoran muka kita yang tadi kita cuci dengan cleanser yang masih berbaki. Toner juga ada pelbagai fungsi, memutihkan, anti penuan dan pelbagai lagi.

Jadi hampa kena elakkan guna toner yang ada alkohol sebab muka akan jadi kering, cepat bermasalah dan cepat berkedut. Jadi ini di antara toner yang helok yang boleh hampa pilih sebagai skin routine hampa, so pilih yang sesuai dengan kulit muka hampa okey. 
Top of Form
Bottom of Form


STEP 4: MOSTURISER

Yang ni part paling penting bagi kekalkan kelembapan kulit muka hampa. Tapi mosturizer juga boleh buat muka hampa jadi tak selesa jadi, seeloknya hampa pilihlah yang sesuai dengan kulit muka hampa. Kulit muka yang berminyak sesuai pakai mosturiser yang berbentukkan gel kerana gel berasaskan air dia tidak akan membuatkan muka kita bertambah berminyak dan akan mengekalkan kelembapan pada kulit kita.

Pada yang berkulit kering pula sesuai memakai mosturiser berbentuk cream kerana dapat melembabkan lagi kulit yang kering hampa. Macam produk-produk lain juga elak dari produk yang ada alcohol dan fragrance bagi mengelakkan muka hampa lebih bermasalah.

Di gambar ni antara produk yang selamat untuk hampa amalkan setiap hari dan saya dah siap kelaskan produk tu sesuai untuk kulit berminyak atau kulit kering. So bergantung pada kulit hampa, okey. Mosturizer ni jangan tinggal sebelum tidur tau, sebab waktu tidur.


STEP 5: SUNSCREEN

Part last sekali sunblock atau sunscreen. Ini part paling penting untuk hampa follow tau sebab kita ni banyak terdedah dengan cahaya matahari. Jadi hampa pilihlah sunscreen atau sunblock yang ada SPF50 dan PA++ yang dapat melindungi kita dari sinar uvb dan uva. 

Sinar uvb menyebabkan kulit muka kita terbakar dan gelap tu. Dan sinar uva pula membuatkan kulit muka kita cepat berkedut dan terdedah dengan cancer kulit.

Jadi kalau nak pilih sunblock atau sunscreen kalau ada spf50 sahaja tapi tiada PA di elakkan beli hehe. Kena ada spf50 dan Pa++ dah cukup perfect untuk hampa lindungi kulit hampa di luar rumah atau pun berada dalam kawasan tertutup.

Pakai banyak mana? Sebanyak 2 jari telunjuk dan jari hantu hampa bila di satukan dan kene reapply semula selepas 5jam kerana sunscreen ni akan hilang. Okey, itu sahaja hampa. Selamat mengamalkan penjagaan kulit yang sihat.la mosturizer ini akan bekerja dan merawat kulit muka kita. 

Post a Comment

0 Comments