Warga emas rogol anak tiri lebih 50 kali sehingga hamil


Lelaki warga emas berusia 61 tahun di Jakarta, Indonesia ditahan selepas perbuatannya merogol anak tiri sehingga hamil, terbongkar. 

Ketua Polis Banyuwangi, Arman Asmara Syarifudin berkata, suspek merogol mangsa lebih 50 kali sejak dua tahun lalu sehingga hamil.

Perbuatan suspek terbongkar selepas isterinya menyedari perubahan perut anaknya, lalu dibawa menjalani pemeriksaan dan mangsa disahkan hamil lima bulan sebelum membuat laporan polis.

Berdasarkan keterangan mangsa, dia kerap dijadikan sebagai tempat melampias nafsu suspek sejak tamat persekolahan pada 2017. 

Difahamkan, insiden itu kerap berlaku selepas suspek melakukan persetubuhan dengan isterinya dan kemudian bersambung dengan anak tirinya. 

Suspek mengakui perbuatannya itu dan menjelaskan bahawa nafsunya semakin kuat selepas mengamalkan jamu dan ubat kuat. Suspek juga mengaku tertarik dengan bentuk badan mangsa yang menyebabkan dia merogol mangsa lebih kurang dua kali seminggu. 

Suspek ditahan mengikut Seksyen 81 Ayat (2) atau Ayat (3) UU RI No 17 Tahun 2016, pindaan UU No 23 Tahun 2020 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun. 

Sumber: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments