'Dari suri rumah jadi model, sebab suami banyak support dia'


Dari seorang wanita biasa, dia mula dilihat melangkah sebagai wanita luar biasa. Di awal PKP, namanya mula menjadi tular sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri.

Taruhannya tampak seperti mudah, memasak dan dipertontonkan kepada masyarakat ke dalam saluran YouTube. Namun di sebalik usaha tersebut, tidak ada siapa yang tahu apa yang dikorbankan sebelumnya. Dan disebalik kejayaan itu, ada tulang belakang yang sentiasa menyokongnya.  Saluran YouTube SuguPavithra kini sudah mempunyai 723,000 subscribers.

Pavithra, kisah wanita ini mula dicungkil. Dikatakan wanita ini adalah pelajar cemerlang dan mendapat 5A di dalam UPSR serta  boleh bertutur dalam tiga bahasa, Tamil, Bahasa Malaysia dan English.

SELANGKAH lagi dia. Dari suri rumah, buat video memasak sesaja dekat YouTube, dikenali hingga PM sebut nama dia. Berjaya jana duit dengan YouTube walau video tak edit beria.

Sekarang dah langkah lagi, jadi model. Dah disarung baju mahal. Dah disolek dengan makeup artist. Dah beraksi depan lensa. Tahu tak suri rumah macam dia ni boleh sampai ke tahap macam ni sebab siapa selain asbab memang rezeki dia? Sebab suami dia.

Foto Mingguan Wanita

Suami dia support dia. Dari cuma masak dekat ceruk dapur, uruskan anak, sekarang dah semakin terbang gapai apa yang dia nak. Tapi tetap dia utamakan suami dengan anak dia. Sebab tu dia tolak banyak tawaran yang dia tak nak nanti dia tak mampu beri perhatian dekat rumahtangga.

Suami dia rajin menolong. Disuruh rekod video, rekod. Disuruh tolong kacaukan makanan, dia kacau. Disuruh potong bahan nak masak, dia buat.

Dia sibuk nak edit video, suami dia bantu tengok anak. Suami bantu uruskan kerja rumah apa yang patut. Ada duit hasil YouTube, suami sanggup berhenti kerja sebab nak bantu isteri dia.

Ramai kecam suami dia sebab risau nanti pendapatan YouTube tak stabil untuk sara anak isteri dia. Rasanya sebelum diorang buat keputusan tu mesti dah fikir masak-masak, mesti dah rancang sesuatu jugak. Mungkin berhenti untuk sementara, mungkin ada kerja lain yang dibuat.


Pindah rumah lebih besar, pun untuk keselesaan anak-anak. Seronok tengok dia. Nah, ni dah selangkah lagi dia. Lepas ni mesti ramai ambil dia jadi model sebab wajah dia fotogenik, ayu, nampak natural.

"Yang boleh patahkan sayap isteri adalah suami. Yang boleh buat isteri terbang dengan jaya juga adalah suami. "

Post a Comment

0 Comments