Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Benda ni tak kelakar pun cikgu' - Netizen kesal, guru kongsi video 'bapa pandai masak air ketum' yang memalukan muridnya

0


Viral di media sosial sejak jam 12.12 pagi Rabu, video seorang murid menjawab soalan gurunya yang bagi sesetengah orang mungkin menghiburkan hati. Tetapi tidak sebenarnya kerana ia boleh mendatangkan pelbagai kesan yang tidak baik terhadap murid berkenaan. 

Berdasarkan video berdurasi 14 saat itu, guru bertanyakan siapa yang bapanya memasak di rumah. 

Cikgu: "Okey, cikgu tanya sekali lagi ye. Siapa kat rumah bapak dia pandai memasak?"

Murid: "Saya!" sambil mengangkat tangan. 

Cikgu: "Okey, H***, bapak masak apa?" 

Murid: "Air ketum." 

Cikgu: "Air ketum? Ooo pandai masak air ketum." 

Jawapan murid berkenaan membuatkan rakan-rakannya yang lain ketawa, sedangkan dia hanya tersipu-sipu dan menundukkan kepala. 

Tidak diketahui bila video ini dirakam tetapi di media sosial, ramai netizen yang meluahkan rasa kurang senang dengan video tersebut kerana ia boleh menjejaskan maruah murid berkenaan. 






Sehingga kini, video itu telah ditonton lebih 6,700 kali dan 302 shares di Facebook. 

Isu ini turut menarik perhatian Kaunselor Pelajar, Akhi Fiaruz Al- Jengkawi, yang sedih dengan tindakan guru berkenaan yang dianggap tidak beretika. 

"Sedih saya, bukan sedih dengan jawapan kanak-kanak itu, tetapi sedih mengenangkan sikap guru berkenaan yang merakam video hingga ia tersebar di media sosial. 

"Ini satu bentuk pembulian! Mana etika anda sebagai seorang guru? Tak fikir ke kesan jangka pendek dan panjang kepada anak ini? 

"Kawan budak ini akan mengata, ejek setiap hari. Pembulian berlaku, lagi dan lagi. Netizen lagilah, macam-macam komen dah ada.

"Fikirlah panjang sikit. Anda seorang guru yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak murid," tulisnya di Facebook baru sebentar tadi dan berharap pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan terhadap isu ini. 

"Saya yakin majoriti cikgu yang lain tidak bersetuju, sedih dan marah akan isu ini. Jangan kerana tindakan guru ini, habis dikecam cikgu yang lain," tambahnya lagi. 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram