Plan nak kahwin gagal gara-gara lelaki ini kantoi curi 67 tong gas


Sudah menjadi kewajiban bagi setiap pasangan yang mahu berkahwin, mengadakan majlis bagi menyambut hari bersejarah itu. Tetapi ia memerlukan kos yang banyak, mengikut perancangan masing-masing. 

Ada yang memilih untuk membuat pinjaman sana sini, tidak kurang juga yang dibantu oleh orang tuanya. Namun ada juga yang memilih untuk mencuri barang seperti yang dilakukan oleh seorang lelaki berasal dari Jawa Timur ini. 

Lelaki berusia 24 tahun ini nekad mencuri 67 tong gas (3 kilogram) dari sebuah kedai. Namun perbuatan suspek yang dikenali sebagai Mualimin itu diketahui oleh penduduk lalu ditangkap dan diserahkan kepada polis. 

Ketua Polis Daerah Duduksampeyan, Sugeng berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan penangkapan suspek. Sebaik tiba di lokasi, suspek dikerumuni ramai orang. 

Siasatan awal mendapati, Mualimin telah mencuri 67 tong gas dari warung milik penduduk tempatan dan perbuatannya itu turut dibantu oleh seorang lagi rakannya. 

Rakan suspek sempat melarikan diri setelah mengetahui Mualimin ditahan dan dibelasah oleh penduduk. 

Mualimin mengaku mencuri kerana menghadapi masalah kewangan di mana dia perlu mencari wang untuk menganjurkan majlis pernikahannya kelak yang telah dirancang dengan teman wanitanya. Malah dia sanggup berjauhan dari teman wanitanya untuk mencari wang.

Namun impiannya untuk mendirikan rumah tangga terpaksa dilupakan sementara waktu kerana suspek akan dikenakan tindakan undang-undang di atas pertuduhan mencuri. 

Sumber: Sosok

Catat Komen

0 Ulasan