'Saya mengakui kebodohan, kesilapan saya' - Asri Janggut


Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, memohon maaf di atas kenyataannya yang membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan tuduhan kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat. 

"Saya mengakui kebodohan, kesilapan saya dan reda atas apa yang berlaku. Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya PDRM dan ATM. Saya mohon maaf sangat-sangat. 

Disebabkan kontroversi itu, Asri berjanji tidak akan menyentuh mahupun mengulas sebarang perkara mengenai PDRM dan ATM pada masa depan. 

"Saya Mohd Asri Hamid dengan ini sepenuh hati, rendah diri dan sehina-hinanya memohon maaf kepada seluruh anggota PDRM dan ATM atas kesilapan, kejahilan dan kebodohan saya kerana celuparnya mulut saya yang membuat satu kenyataan mengatakan kebanyakan polis malas solat. 

"Saya memohon jutaan maaf kerana tidak jangka boleh cakap macam tu. Saya langsung tidak berniat untuk guris hati rakan-rakan PDRM dan ATM. 

"Saya sekali lagi memohon maaf kerana Allah, maafkan atas kesilapan saya," katanya. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN

Catat Komen

0 Ulasan