'Tengok-tengok, lelaki tadi tengah menghendap saya!'


Rasa tak sedap hati seorang wanita akhirnya terjawab apabila lelaki yang berselisih dengannya di luar tandas stesen minyak rupa-rupanya seorang lelaki gila seks. 

Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini di sebuah stesen minyak di Kulim, Kedah, mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu mendakwa lelaki terbabit telah menghendapnya di dalam tandas. 

"Baru-baru ini saya singgah nak guna tandas di stesen minyak di Kulim. Tandasnya terletak di belakang. Sebelum masuk, ada seorang lelaki baru keluar dari tandas. Masa selisih tu, dia sempat lagi senyum sambil memperbetulkan seluarnya. 

"Saya tengok macam itu saja. Masa masuk tandas, tiba-tiba terdengar bunyi tapak kaki orang masuk ke tandas juga. Tergerak hati nak dongak kepala tengok ke atas. 

"Tengok-tengok, lelaki tadi tengah menghendap saya. Saya sempat jerit saja, lepas tu dia kalut dan terus lari," katanya. 

Tidak diketahui sama ada mangsa membuat laporan polis ataupun tidak. Namun mangsa menasihatkan golongan wanita berhati-hati apabila hendak menggunakan tandas di stesen minyak dan elakkan bersendirian, tak kira siang ataupun malam. 

Gambar suspek juga turut dikongsikan dan kini viral di media sosial. 




Sumber: Penang Kini

Catat Komen

0 Ulasan