'Tetak tangan untuk ambik barang kemas'
Berfesyen dengan barangan kemas, tak salah. Tetapi golongan wanita juga diingatkan perlu berhati-hati dengan keadaan sekeliling. Kenaikan harga emas yang tinggi juga menyebabkan orang ramai tertarik dan ini termasuklah penjenayah.
Viral di media sosial baru-baru ini beberapa gambar seorang wanita mengalami kecederaan parah di bahagian lengan tangan kirinya akibat disamun penjenayah.
Dalam kejadian yang berlaku di Kip Mart, Tampoi, Johor, penjenayah dikatakan telah menetak lengan mangsa untuk mendapatkan barang kemasnya.
Gambar kejadian juga dimuat naik di Facebook Group yang menunjukkan mangsa menerima beberapa jahitan akibat ditetak dengan senjata tajam.
“Dekat KIP Mart Tampoi. Potong tangan ambik barang kemas. Kepada orang perempuan hati-hati la ye. Jangan nunjuk sangat. Tak kisah emas betol ke tiruan”
Golongan wanita dinasihatkan supaya berhati-hati dan sebaik-baiknya kurangkan memakai barangan kemas dengan terlalu menonjol di tempat awam bagi mengelakkan diri dari menjadi sasaran penjenayah yang sentiasa mencari mangsa.
Sumber: Edemin SiLahabau Hawau Offisial, Geng Viral Melaka