Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(2 video) Zakar remaja digigit ular sawa ketika sedang membuang air besar

0


Seorang remaja dikejarkan ke hospital selepas zakarnya digigit ular ketika sedang membuang air besar di tandas rumahnya, dalam kejadian yang berlaku di Nonthaburi, Bangkok, Thailand.

Siraphop Masukarat, 18, melepaskan hajatnya pada petang Selasa selepas mengalami sakit perut secara tiba-tiba. 

Apabila remaja itu melihat ke bawah, dia ternampak ular sawa yang telah mengepit hujung zakarnya menyebabkan dia terus panik. Mangsa segera melepaskan kemaluannya dari mulut ular itu dan darah memercik di merata tempat. 

Siraphop menjerit kesakitan dan berlari keluar dari tandas dengan seluar yang masih terlondeh. Dia kemudian ditenangkan oleh ibunya sementara menunggu paramedik tiba. Mangsa dihantar ke Hospital Bang Yai untuk mendapatkan rawatan dan menerima tiga jahitan di hujung zakar. Luka kesan gigitan itu dicuci dengan antibiotik bagi membunuh bakteria dari taring ular sawa.  

"Saya baru je duduk nak melepaskan hajat. Beberapa saat selepas saya duduk, tiba-tiba terasa sakit di hujung zakar. Bila tengok ke bawah, saya ternampak ada ular tergantung, pastu darah memercik merata-rata. 

"Walaupun ular itu kecil, tetapi gigitannya sangat kuat. Saya harap zakar saya dapat sembuh semula," katanya. 

Pengendali haiwan berbisa datang ke rumah mangsa selepas menerima panggilan kecemasan. UIar yang berukuran empat kaki panjang itu masih berada di dalam mangkuk tandas, ditangkap dengan menggunakan peralatan khas dan akan dilepaskan semula ke hutan. 



Ibu mangsa, Sutapath berkata, dia masih terkejut dengan kejadian yang tidak disangkakan itu. 

"Saya tak tahu macam mana ular itu masuk. Mungkin melalui saluran yang dihubungkan dengan tandas. 

"Saya tahu ular itu telah mencederakan anak saya, tetapi lega kerana ular itu hanyalah ular sawa yang tidak berbisa. Kalau ular tedung, mati anak saya.

"Sekarang dia takut nak pergi ke tandas. Tetapi keadaannya semakin pulih dan terima kasih kepada penyelamat yang membantu dan sukarelawan yang menangkap ular itu," katanya. 

LAKONAN SEMULA

Sumber: Daily Mail

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram