Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Alat sulit budak 2 tahun terputus digigit anjing ketika sambut harijadi

0
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun kini sedang bertarung nyawa di hospital selepas cedera diserang anjing semasa menyambut ulang tahun kelahirannya. 

Little Yegor ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di kolam rumahnya selepas diserang oleh dua ekor anjing German Shpeherd. 

Kejadian mengerikan itu berlaku di bandar kecil Selydove, timur Ukraine pada Jumaat lalu ketika keluarga itu sedang meraikan mangsa yang baru masuk usia dua tahun. 

Menurut laporan, mangsa dikatakan berjalan di luar rumah tanpa disedari ibu bapanya yang ketika itu sedang duduk di meja melayani tetamu yang datang. 

Yegor berkeliaran di halaman rumah apabila dua ekor anjing itu berjaya keluar dari kandang kerana bapa mangsa tidak menutup pintu kandang dengan betul, lalu menyerangnya. 

Menyedari ketiadaan Yegor, pasangan itu mula mencari anak mereka sebelum menemui mangsa terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi kolam. 

Akibat serangan itu, alat sulit mangsa terputus, dubur dan kaki kirinya mengalami kecederaan parah. 

Mangsa dikejarkan ke hospital besar dengan menaiki helikopter tentera untuk mendapatkan rawatan. Sebanyak empat doktor pakar bedah cuba menyelamatkan mangsa. 

Dalam pembedahan yang berlangsung selama empat jam itu, doktor cuba memulihkan saluran darah, pundi kencing dan ususnya yang rosak, selai nmengeluarkan tisu yang telah rosak akibat digigit anjing. 

Kini doktor sedang berusaha menyelamatkan kaki kiri mangsa dari dipotong. 

Polis juga telah membuka kertas siasatan dan bakal mendakwa ibu bapa mangsa kerana cuai dalam menjalankan tanggungjawab sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah. 

Jika didapati bersalah, pasangan itu boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun. 

Yegor masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan keadaannya kritikal. 

Sumber: Daily Mail

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram