Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Banyak kampung ditinggalkan & dijadikan pusat pelancongan, benda camni la pelancong nak tengok'

0


Sejajar dengan anjakan paradigma yang berlaku di seluruh dunia, Malaysia tidak terkecuali mengusahakan beberapa pembangunan untuk kemajuan ekonomi negara. Walaupun pembangunan ini memberikan impak positif kepada sektor perlancongan dan juga ekonomi, tetapi segala warisan dan kebudayaan juga harus dijaga dan diberikan perhatian.

Seperti perkongsian pemuda ini, dia memberikan contoh negara Korea dan Jepun yang sangat menitikberatkan kebudayaan di negara mereka. Di negara-negara tersebut ada kampung tradisi yang telah dijadikan sebagai pusat pelancongan. Menurut pemuda ini, inisiatif yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu baru-baru ini dengan mewujudkan Kampung Budaya Terengganu harus dijadikan contoh oleh negeri-negeri lain.

KALAU kome pergi Korea atau Jepun, mesti ada tempat pelancongan yang tunjuk keadaan rupa kampung asal dengan budaya setempat penduduk di sana. Yang tanam padi, dengan rumah yang dibina dengan pertukangan tempatan, lepas tu ada pesta dan festival kebudayaan sendiri.

Macam di Seoul, di tengah-tengah kota moden ada kampung tradisi Bukchon Hanok. Orang boleh lihat rupa bentuk perbandaran tradisi Korea yang berusia 600 tahun. Pelancong nak tengok benda macam ni la.



Jepun pun sama. Ada banyak pusat-pusat budaya tradisi khusus dalam rupa bentuk kampung. Ironinya banyak kampung ini ditinggalkan macam Shirakawa-go dan jadi pusat pelancongan sebab penghijrahan ke bandar. Tapi depa tak pi sodok la rumah-rumah lama pi tanam sawit atau buat lot kedai sederet.


Dan berjuta pelancong mai tempat begini. Bila den tengok MB Terengganu adakan inisiatif Kampung Budaya semalam den rasa lega. Den risau, sebab Terengganu banyak karya budaya asli Melayu yang makin hilang, macam pembuatan perahu, ukiran kayu, pembuatan songket tenun, batik canting.




Rumah dan istana tradisi pun banyak dekat Terengganu. Mujur ada yang dijaga. Kalau bagi kat pemaju semberono dia sodok buat projek hartanah mampu tengok. Negeri lain pun ada je warisan budaya Melayu tapi dah terhakis dek kemajuan urban. Warih takde. Yang pandai semua dah arwah.

Masih belum terlambat untuk kita. Setiap negeri mesti ada kampung macam ni. Den rasa ramai je setuju. Malah ia merancakkan ekonomi luar bandar. Sampai bila kita nak dok ikut cakap orang tua yang kata kemajuan tu adalah bangunan konkrit tinggi melangit dengan gedung jual barang mahal.

Perak ada Pasir Salak. Tapi tulah apa kabor Muzium Pasir Salak. Kedah ada Kota Mahsuri. Tapi tulah hidup segan mati tak mau. Selangor takde ayor. Malas cakap. Melaka pun den malas cakap. Harap Kampung Budaya Terengganu ni boleh jadi contoh ikutan untuk negeri lain. Amin.

Sumber: FarisJamalFJ

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram