Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Bekas Penjawat Awam hidup mewah jual barang tiruan ditahan

0
Rahsia hidup mewah seorang bekas penjawat awam yang turut memiliki beberapa kenderaan mewah akhirnya terbongkar apabila dia disyaki menjadi pembekal utama barangan tiruan di sekitar daerah Manjung selepas ditahan menerusi Ops Tiru dan Ops Jeriji semalam.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Manjung Wan Muhammad Badro Wan Mahmood berkata kegiatan lelaki berumur 31 tahun itu dikesan hasil serbuan ke atas empat premis perniagaan serta sebuah stor pada kira-kira 2 petang. 

Katanya serbuan yang dijalankan bersama pihak polis dan Majlis Perbandaran Manjung ke atas premis dan stor berkenaan membawa kepada penangkapan lelaki itu yang dipercayai aktif sejak tiga tahun lepas. 

“Pemeriksaan mendapati lelaki itu menjadikan rumahnya sebagai stor utama barangan tiruan sebelum dijual kepada peniaga di empat premis yang diserbu. 

“Kita percaya lelaki tersebut mendapatkan bekalan barangan dari luar negara dan antara barangan yang terlibat ialah kasut berjenama Nike, Adidas, Puma, beg Louis Vuitton dan jam tangan Casio G-Shock,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Wan Muhammad Badro berkata hasil serbuan di keempat-empat premis itu, pihaknya menyita 10,875 pasang kasut; 3,884 helai baju; 809 helai seluar dan 177 unit jam tangan berjenama yang disyaki tiruan dengan anggaran nilai RM226,344.

“Difahamkan, keuntungan yang diperoleh lelaki itu ialah separuh daripada harga yang dijual kepada peniaga. Contohnya, jika harga kasut RM60, maka keuntungan yang dia dapat ialah RM30,” katanya.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan lelaki itu turut membekalkan barangan tiruan terbabit ke daerah Perak Tengah, Kuala Kangsar, Hilir Perak dan Kinta.

Wan Muhammad Badro berkata kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan (ACD) 2019 iaitu mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan.

Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram