Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

CUEPACS gesa kerajaan lantik semula 55,000 kakitangan kontrak

0

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melantik semula 55,000 kakitangan kontrak yang ditamatkan perkhidmatan dalam sektor awam ekoran pertukaran kerajaan memerintah dua tahun lepas. 


Presidennya, Adnan Mat berkata jumlah berkenaan meliputi kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Seranta Felda. 


"Kita memohon ada pertimbangan khas kepada semua kakitangan kontrak yang telah ditamatkan oleh kerajaan terdahulu supaya mereka ini diambil semula berkhidmat di mana-mana agensi kerana keperluan itu wujud. 


Perkara ini perlu diberi keutamaan selain memberi ruang mereka kembali bekerja selepas terjejas dan sengsara hampir dua tahun berikutan penamatan itu," katanya. 


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tritahunan Kesatuan Kakitangan Kumpulan Sokongan Hal Ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di sini hari ini. 


Adnan berkata, mereka juga berkemungkinan boleh diserapkan sebagai pekerja tetap memandangkan ada sesetengah jawatan yang disandang itu mempunyai waran perjawatan tetap sepertimana yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 


Selain itu, beliau menyambut baik langkah kerajaan tidak mengecilkan saiz penjawat awam yang berjumlah 1.6 juta di seluruh negara meskipun sistem kerajaan elektronik (e-kerajaan) dilaksanakan. 


Beliau berkata, langkah itu penting memandangkan ada perkara atau pendekatan yang memerlukan hubungan secara langsung dilaksanakan antara penjawat awam dan rakyat dalam menyelesaikan sesuatu masalah. 


"Tidak semestinya semua perkara dapat diselesaikan melalui rangkaian atau pautan secara terus daripada internet sebaliknya ada perkara yang memerlukan sentuhan langsung daripada penjawat awam dalam konteks sistem penyampaian antara kerajaan dengan rakyat," katanya.


Katanya pengekalan jumlah penjawat awam sedia ada itu juga amat penting dalam meningkatkan lagi produktiviti dan kualiti perkhidmatan awam di setiap peringkat. 


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram