Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Dia ingat dia layak jadi PM' - Muhyiddin

0

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau masih lagi memegang jawatan ketua pentadbiran kerajaan persekutuan dan dakwaan Anwar Ibrahim kononnya mendapat banyak sokongan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, tidak mengoyahkan kepimpinannya. 


"Jika puan-puan yang saya lihat hari ini agak tertanya-tanya sama ada saya berdiri di sini masih jadi Perdana Menteri lagi atau tidak. 


"Saya sebutkan begitu kerana hari ini ada seorang pemimpin pembangkang yang mengatakan beliau sudah mendapat sejumlah sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen untuk menyatakan saya sudah tidak lagi mendapat sokongan majoriti. 


"Disebabkan itu dia fikir dia adalah orang yang layak untuk menjadi Perdana menteri," kata Muhyiddin ketika berucap di Majlis Ramah Mesra DUN Luyang, Sabah semalam. 


Terdahulu Muhyiddin dalam reaksi awalnya berkata, dakwaan Anwar itu hendaklah dibuktikan menurut proses dan kaedah yang ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Tanpa melalui proses tersebut, kenyataan Anwar hanyalah dakwaan semata-mata. 


Menyambung ucapannya, Muhyiddin sekali lagi menegaskan bahawa dia dilantik menjadi Perdana Menteri mengikut perlembagaan dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. 


"Berdasarkan perlembagaan, saya sudah dipilih YDPA. Saya tidak mahu sebut orang cakap saya datang dari pintu belakang atau depan tapi saya datang dari pintu Istana," katanya. 


Sumber: Malaysia Gazette

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram