'Hari tu kita semua solat beriman, mengaji, tapi sekarang ni dah takde.. semua sibuk' - Teguran Nabil buat netizen meremang


Ketika PKP dilaksanakan, ramai yang terkesan dengan langkah tersebut. Walaupun tidak boleh bergerak ke sana, ke sini, banyak perkara yang positif dapat diambil. Ujian yang diberikan juga adakalanya diturunkan untuk membuatkan kita berfikir dan tidak alpa untuk kembali mendekatkan diri kepada Sang Pencipta.

Gambaran situasi tersebut juga dikongsikan oleh Nabil Ahmad kepada seorang penyanyi iaitu Ariff Bahran sewaktu ditemubual dalam slot Carta ERA. 

Perkongsian oleh Nabil juga dimuat naik oleh Ariff Bahran ke dalam Twitter dan mendapat reaksi positif netizen. Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang diperkatakan oleh Nabil dengan melihat situasi sekarang.

Perkongsian tersebut juga telah menarik perhatian seorang pendakwah iaitu Da'i Wan yang juga telah berterima kasih kepada Nabil dan Ariff di atas peringatan tersebut.

“YANG kita lalu ini sama zaman Nabi Musa. Keluar dari Firaun, diorang dah selamat diorang pergi sembah lembu. Itulah kita. Masa Firaun, Nabi Musa datang diorang beriman dengan Nabi Musa, beriman dengan Allah. 

"Tapi bila dah keluar berjaya lepas laut, Nabi Musa dah tak ada, diorang dah tak beriman. Diorang sembah lembu balik. Itulah kita sekarang ni. Hari tu kita semua solat beriman, hari-hari tengok ceramah agama, mengaji tapi tengok sekarang ni, dah tak ada.

"Sekarang ini semua sibuk. Kalau jumpa 10 orang, lapan orang akan cakap berniaga lagi bagus. Aku jumpa orang cakap duit sekarang lebih bagus dari dulu. Pergi kedai motor, motor habis. Pergi kedai kereta, kereta habis. Aku tak tipu. Semua orang cakap bisnes lagi gila sekarang ni. 

"Jadi, maksudnya apa? Kalau kita tak sedar juga, tak tahulah. Orang cakap ekonomi kita bertambah bagus tetapi tidak. Ujian Allah bertambah. Tiada apa yang lebih baik selepas ini (tersirat).

"Orang nampak luaran bagus, tetapi sebenarnya di dalam kita kehilangan sesuatu. Hari Jumaat, masjid makin lama makin tak ada orang. Dah tak ada orang beratur. Mula-mula hari tu, beratur kat depan masjid nak masuk. Allah nak tengok usaha kita, dapat masuk atau tidak, itu cerita lain.

"Tapi datang masjid tu dulu. Pelik. Orang dah makin tak ada. Kenapa orang dah tak nak usaha ke? Kita kena ingat, main-main juga," kata Nabil.

Sumber: Ariff B

Catat Komen

0 Ulasan