Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Boleh hilang dahaga sampai akhirat ke?' - Walaupun harga sebotol mineral RM417K, tetap ada yang nak beli

0


Kebiasaannya air mineral biasa boleh didapati dengan harga RM2.00 hingga RM3.00.  Air mineral yang berjenama seperti Evian sudah dianggap sebagai minuman mewah bagi orang yang berada. Tetapi harga bagi sebotol air Evian masih dianggap murah kerana ada beberapa jenama air mineral lain yang harganya mencecah ribuan ringgit sebotol.

Walaupun dijual dengan harga yang mahal, masih ada yang sanggup membelinya disebabkan kandungan air tersebut dikatakan memberi kesan yang baik untuk kesihatan.

Bukan sebarangan botol yang direka, botol-botol ini dihasilkan dengan bertakhtakan emas, kristal-kristal Swarovski dan kaca extra flint.


BEVERLY HILSS 9OH20 LUXY COLLECTION DIAMOND EDITION (RM417,000)

Beverly Hills dikenali sebagai champangne versi air. Botol Edisi Mewah Diamond Edition direka tukang emas Mario Padilla. Penutup emas putih bertatahkan emas 14 karat (250 berlian hitam dan 600G/VS berlian putih).

Hanya sembilan botol air ini yang pernah dihasilkan dan kalau kita beli seunit, kita akan dapat bekalan setahun Beverly Hills 9OH2O Lifestyle Collection. Rasa air ini amat menakjubkan kerana ia berasal dari Pegunungan Sierra Nevada dan dipenuhi dengan mineral, kalium, kalsium dan mineral.


ACQUA DI CRISTALLO TRIBUTO A MODIGLIANI (RM250,000)

Kalau minum air ini, kita akan dapat rasa air dan emas. Botol itu adalah hasil buatan tangan yang diperbuat daripada emas 24 karat dan 5 mg debu emas 23 karat. Hasil karya seni artis Itali, Amedeo Clemente Modigliani.

Dalam botol 1.25 ml ini adalah kombinasi air glasier dari Iceland dan perairan semulajadi dari Perancis serta Kepulauan Fiji. Botolnya memang cantik dan unik sekali. Ia juga boleh dijadikan sebagai barang perhiasan ruman atau pejabat. Rasanya juga sudah semestinya sedap dan segar apabila diminum.


BLING H2O'S THE TEN THOUSAND (RM11,300)

Air Bling H2O Ini letak nama dia, The Ten Thousand sebab botol Itu dihiasi dengan 10,000 butir kristal Swarovski. Kalau korang minum air dari botol ini, confirm korang akan dapat perhatian orang ramai macam ala-ala vibes rich kids gitchuuuu!


KONA NIGARI (RM1,676)

Diperoleh 2,000 kaki di bawah permukaan Lautan Pasifik di Hawaii. Air laut dalam sulingan dari Kona Nigiri Ini, dapat memberi banyak faedah kesihatan kepada penggunanya sebab sifat-sifat istimewa yang terkandung dalam air itu.

Botolnya kelihatan tak sesuai untuk dijual harga premium secara eksklusif di Jepun. Tetapi kebersihan dan manfaat kesihatannya itu yang membuatkan orang ramai berminat dengan Kona Nigari ni. Dan disyorkan oleh beberapa ahli dermatologi dan jurulatih kecergasan yang paling terkenal.


FILICO (RM1,000)

Botol ini juga dihias dengan kristal Swarovski. Filico ini air mineral semulajadi yang berkualiti tinggi dari Kobe, Jepun. Botol air Filico ni direka menarik dan Diraja untuk dibuat sebagai hadiah orang tersayang sebab botolnya melambangkan kebersihan dan kesucian.


SVALBAROI (RM354)

Untuk menghasilkan salah satu air paling murni ini, ekspedisi Artik ke Svalbard di Eropah telah dilakukan. Svalbar├░i juga mengiktiraf yang air dia ini kena dibungkus dalam botol premium yang sangat layak untuk kualitinya. Botol ini diperbuat daripada kaca "extra-flint". Penutup kayu pula direka supaya menyerupai kemiripan kayu hanyut arktik.


ILULIAQ (RM210)

Iluliaq berasal dari glasier Sermeq Kujalleq, Greenland. Aisberg itu dibawa ke atas bot oleh pekerja tempatan sebelum dibawa ke tong dan dibiarkan cair secara semulajadi. Pengeluaran Iluliaq terhad sebab bergantung kepada faktor persekitaran dan elemen semula jadi.

Setiap pembelian Iluliaq akan buatkan kita rasa istimewa dan syarikat ni tak simpan stok tempoh yang lama untuk pastikan setiap botol yang disampaikan itu segar. Sebagai jaminan ini betul dibuat, setiap botol akan ada tarikh dan nama pelanggan diletakkan pada label.

Sumber: Protonlala

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram