Innalilahiwainailaihirojiun.. Surirumah maut dirempuh kereta yang dipandu penagih dadah


Seorang suri rumah maut dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu oleh lelaki di bawah pengaruh dadah. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.30 pagi Khamis di Jalan Pasir Mas-Meranti, berhampiran Kampung Pohon Buloh, mangsa, Noriha Zakaria, 28, sedang membeli daging di gerai yang terletak di tepi jalan.

Namun secara tiba-tiba datang kereta Perodua Alza yang dipandu suspek berusia 29 tahun merempuh gerai tersebut. 

Mangsa yang berasal dari Kampung Machang Gochoh itu cedera parah di bahagian perut dan meninggal dunia di hospital. 

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, siasatan awal mendapati suspek hilang kawalan dan merempuh gerai daging itu sebelum merempuh mangsa. 

Keputusan ujian saringan air kencing suspek disahkan positif dadah jenis methapetamine. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Sumber: Sinar Harian

Catat Komen

0 Ulasan