Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Tangan bayi berusia 7 hari putus digigit anjing peliharaan keluarganya

0


Seorang bayi perempuan yang baru berusia tujuh hari dilaporkan putus tangan kanannya akibat digigit oleh anjing peliharaan keluarganya. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yazid Idris berkata, kejadian itu berlaku di rumah keluarga berkenaan di Bachang, Melaka dan ketika itu mangsa dijaga oleh ibu saudaranya. 

Difahamkan, mangsa ditinggalkan seketika di ruang tamu berdekatan dengan pintu pagar rumah untuk dijemur bagi mengurangkan gejala penyakit demam kuningnya. 

"Ketika hendak memandikan bayi berkenaan, ibu saudara bayi itu meletakkannya di atas bantal berdekatan pintu pagar yang ditutup rapat, kemudian ditinggalkan seketika untuk mengambil air mandian. 

"Bayi itu baru sahaja diberi susu oleh ibunya yang masih berpantang dan ditemani suami yang sedang berehat di tingkat atas rumah," katanya.

Sekembalinya ke ruang tamu, ibu saudaranya terkejut apabila mendapati tangan kanan mangsa sedang digigit salah seekor daripada anjing peliharaan suaminya dari luar pagar, diikuti dengan tangisan kuat dari mangsa yang sedang berlumuran darah. 

Dalam keadaan panik itu, dia terus menjerit sekuat hati dan sekali gus mengejutkan ahli keluarga yang lain. 

Mangsa segera dikejarkan ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan. Namun, pihak hospital berkenaan meminta mereka merujuk mangsa ke Hospital Melaka sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan doktor pakar. 

Anjing milik suami wanita berkenaan dipercayai jenis 'plott hound' dan dibiarkan bebas di halaman rumah tanpa diikat atau dikurung bagi tujuan menjaga kawasan kediaman.

Ekoran kejadian itu, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah menangkap haiwan itu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-kanak 2001/289 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian


3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram