Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Kerajaan minta rakyat tetap pakai mask di dalam rumah, elak kluster keluarga

0

Kementerian Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Indonesia meminta masyarakat memakai pelitup muka baik di luar mahupun di dalam rumah bagi mencegah penularan wabak Covid-19 di dalam keluarga. 


Penggunaan pelitup muka di rumah juga dapat menghindari peningkatan kluster keluarga yang dilihat naik secara mendadak sejak beberapa bulan kebelakangan ini, secara tidak langsung mendominasikan penularan Covid-19 di negara itu. 


"Tetap kena pakai mask. Mask bukan hanya dipakai di luar rumah, di dalam rumah pun kita kena pakai. Apatah lagi kalau dalam keluarga kita ada ada bayi dan orang tua," kata Menterinya, Gusti Bintang Ayu Dharmawati, Jumaat 25 September 2020. 


Menurut Bintang, langkah itu dapat membantu memutuskan penularan kluster di kalangan keluarga di Indoneisaan. 


Ketika ini, pihaknya juga sedang merangka garis panduan baharu khususnya protokal kesihatan pencegahan Covid-19 dalam keluarga. 


Bintang mengakui, Presiden Jokowi yang meminta beliau memberi perhatian lebih terhadap kes Covid-19 yang berkaitan dengan kluster keluarga berikutan peningkatan mendadak dari golongan itu sejak awal September. 


Difahamkan, kluster keluarga itu muncul dari salah satu keluarga di luar rumah seperti mereka yang bekerja di bandar. Disebabkan itu, Bintang menasihatkan individu yang baru pulang ke rumah terlebih dahulu membersihkan badan sebelum berinteraksi dengan ahli keluarga yang lain. 


Selain itu, beliau juga meminta aktiviti pertemuan keluarga seperti perayaan ulangtahun atau aktiviti keramaian ditangguhkan atau dibuat secara online. 


Sumber: CNN Indonesia

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram