Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Polis rampas 345.4 kg ganja bernilai RM880,000, 2 lelaki ditahan

0

Polis merampas 352 ketulan mampat ganja seberat 345.4 kilogram (kg) bernilai RM880,000 dan menahan dua lelaki dalam serbuan berasingan di Sungai Dua dan Butterworth dekat sini pada Isnin serta semalam.


Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Risikan/Perhubungan Antarabangsa) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman SAC Lukas Anak Aket berkata pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Kontinjen Pulau Pinang dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA) Bridged Utara telah mendapat maklumat berhubung kegiatan pengedaran dadah di Pulau Pinang pada Isnin.


"Ekoran maklumat yang diperoleh, pasukan kami telah mengekori sebuah kereta dipandu seorang lelaki sehingga Tol Sungai Dua, Butterworth dekat sini sebelum pemandu tersebut yang menyedari diekori polis telah bertindak memandu dalam keadaan berbahaya sehingga memberi ancaman keselamatan kepada polis serta pengguna jalan raya yang lain.


"Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta dinaiki lelaki itu dan meminta dia memberhentikan kenderaannya selepas memaklumkan kami daripada pasukan polis, sebelum berjaya menahan pemandu berumur 33 tahun itu di kawasan Plaza Tol Sungai Dua pada 9.45 pagi Isnin," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Katanya, susulan penahanan lelaki itu, polis mengesan sebuah van Daihatsu Gran Max di tempat parkir di Buttterworth, dekat sini dan pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut polis menemukan 352 ketulan mampat ganja seberat 345.4 kg bernilai RM880,000. 


Lukas berkata bertindak hasil maklumat, polis berjaya menahan seorang lagi lelaki berumur 27 tahun di kawasan Butterworth semalam dan dipercayai suspek turut mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah yang bergerak aktif sejak sebulan lepas itu.


"Siasatan polis mendapati sindiket itu menjadikan van berkenaan sebagai tempat mereka menyimpan semua ganja yang mereka bawa masuk dari negara jiran sebelum ia diedarkan kepada rangkaian sindiket mereka di beberapa negeri di kawasan utara. Kami juga tidak menolak kemungkinan van itu dialihkan dari kawasan parkir lain bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya.


Katanya, polis juga tidak menolak kemungkinan sindiket itu mempunyai rangkaian di negara jiran dan pihaknya kini sedang mengesan dalang serta ahli sindiket pengedaran dadah berkenaan yang dipercayai turut berada di Pulau Pinang.


Beliau berkata susulan penahanan dua lelaki yang tidak bekerja dan positif dadah itu, polis menyita tiga kereta iaitu Toyota Camry, Volkswagen dan Audi yang kesemuanya bernilai RM140,600.


"Dua lelaki yang masing-masing mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu kini direman untuk siasatan lanjut serta kes disiasat menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Semua ganja dirampas itu boleh digunakan oleh 690,800 penagih dadah," katanya.


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram