Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Ramai Ahli Parlimen UMNO/BN sokong Anwar' - Zahid Hamidi

0
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menerima maklumat terdapat ramai Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, Umno dan BN bukan parti komponen Perikatan Nasional (PN) sebaliknya sokongan kepada kerajaan PN hanyalah sokongan daripada ahli-ahli parlimen parti itu.

"Umno dan BN tidak dapat menghalang ahli-ahli parlimen yang menyokong Anwar untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan hasrat beliau.

"Saya dimaklumkan ramai Ahli Parlimen Umno dan BN menyatakan sokongan (kepada Anwar). Saya menghormati pendirian mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu merujuk pengumuman Anwar yang juga Ketua Pembangkang mendakwa mendapat sokongan 'kukuh dan meyakinkan' untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan PN.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson pada sidang media tengah hari tadi turut mendakwa beliau mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka sedang mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan parti itu bersama BN akan terus menyokong kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Atas kapasiti sebagai Presiden MCA, saya menegaskan bahawa pendirian kami adalah jelas bahawa MCA dan BN ketika ini masih teguh berdiri bersama Muhyiddin. Di bawah kepimpinan beliau, kerajaan dapat terus berfungsi dengan baik dan berjaya berdepan pandemik Covid-19 sejak enam bulan lalu.

"Dalam masa sama, kita dapat memulihkan semula ekonomi negara ketika waktu sukar yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook hari ini.

Wee menyifatkan pengumuman Anwar itu seperti mensabotaj negara yang ketika ini sedang sibuk meyakinkan pelabur untuk memulihkan semula ekonomi negara dan ini dibuktikan apabila sejurus pengumuman itu, KLCI jatuh 10.5 mata.

Beliau berkata, Anwar kembali menggunakan taktik lama apabila pernah mendakwa mendapat sokongan 30 ahli parlimen dan 'menuju ke Putrajaya pada 16 September 2008', namun perkara itu tidak berlaku.

"Ketika bercakap kepada pemberita tengah hari tadi, beliau (Anwar) dilihat mengelak daripada menyentuh mengenai jumlah nombor atau bilangan ahli parlimen yang bersama dengannya.

"Sebagai seorang pemimpin politik senior, Anwar sepatutnya lebih bertanggungjawab, apatah lagi ketika ini sedang berlangsungnya Pilihan Raya Negeri Sabah. Kestabilan negara jauh lebih penting berbanding mengejar cita-cita untuk menjadi perdana menteri," kata Wee.

Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram