Jika sebelum ini, Malaysia berbangga dengan kewujudan KLCC dan Menara Berkembar Petronas yang menjadi sebutan dan persinggahan bagi pelancong tempatan dan luar negara untuk meninjau pemandangan ibu kota. 2021 pula bakal menyaksikan sekali lagi nama negara kita dijulang dengan pembinaan bangunan tertinggi kedua di dunia yang diberi nama Merdeka 118.
Bangunan yang dimiliki dan dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad ini direka berdasarkan lakaran imej Tunku Abdul Rahman (TAR) sewaktu beliau mengangkat tangan melaungkan "Merdeka!" pada 31 Ogos 1957.
DEKAT Kuala Lumpur, mesti korang perasan ada satu bangunan baru dalam pembinaan yang tinggi menjulang! Lagi tinggi dari KLCC, TRX dan Menara KL. Tahukah korang, bangunan itu kalau dah siap, ia akan jadi bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa!
Bangunan ini nama rasminya ialah, Merdeka 118. Juga dikenali sebagai PNB 118. Ia dimiliki dan dibangunkan oleh syarikat pengurusan aset terbesar negara kita, Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Sebelum itu, walaupun bangunan ini sama warna biru dengan Menara Tun Razak Exchange (TRX), bangunan ini tiada kaitan langsung dengan TRX. Korang jangan keliru pula.
Menara TRX (kiri) dah siap dibina tahun 2019. Sedangkan Merdeka 118 (kanan)
baru nak siap tahun depan, 2021.
Nama bangunan ini, Merdeka 118 adalah sempena lokasinya yang terletak di antara Stadium Merdeka dan Stadium Negara. 118 tu pula merujuk kepada bilangan tingkat bangunan ni, 118 tingkat.
Rekaannya pula bukan biasa-biasa. Ia adalah berdasarkan "silhouette" imej Tunku Abdul Rahman (TAR) sewaktu beliau mengangkat tangan melaungkan "Merdeka!" pada 31 Ogos 1957.
Jadi, spire (tiang) dekat puncak menara ini bukan saja-saja pacak tau, tapi sebab ia melambangkan tangan TAR.
Keseluruhan kompleks Merdeka 118 ni dibangunkan dalam 3 fasa:
- Fasa 1: Menara 118 tingkat itu sendiri.
- Fasa 2: Mall dan taman rekreasi.
- Fasa 3: Tiga buah menara kediaman kat sekeliling menara utama.
- Pejabat gred-A
- Hotel Park Hyatt
- Anjung tinjau
Empat tingkat teratas menara ni menempatkan anjung tinjau dan restoran. Anjung tinjau itu ada teropong seperti di Menara KL. Jadi, kita boleh menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur daripada paras ketinggian 500m.
Untuk naik ke anjung tinjau itu, kita perlu naik lif panel kaca yang boleh nampak pemandangan di luar. Siapa yang gayat, memang kena pejam mata sajalah sebab dalam lif ini, turut diletak sekali cermin di belakang.
Untuk naik ke anjung tinjau tu, kita kena naik lif panel kaca yg boleh nampak pemandangan kat luar.
— Skyscrapers MY (@SkyscrapersMY) September 1, 2020
Siapa yg gayat tu, mmg kena pejam mata je lah.. Sebab dlm lif ni, dia ada letak sekali cermin kat belakang 😂 pic.twitter.com/vwtBjdxKRm
Kalau korang nak tahu, lif itu juga adalah lif panel kaca yang tertinggi di dunia! Nak naik dari tingkat 1 ke tingkat 118 mengambil masa hanya 65 saat. Selain itu, di bawah menara ini pula ada shopping mall 7 tingkat. Di bahagian luar ada taman air pancut yang mengalir dari menara sampai ke hujung sepanjang Stadium Merdeka
Nun jauh ke hujung taman itu pula, disediakan platform untuk orang ramai mengambil gambar. Platform ini berdekatan dengan stesen monorel Maharajalela. Kalau turun monorel tu, boleh terus jalan kaki ke sini.
Arkitek kepada Merdeka 118 ini adalah Fender Katsalidis yang berasal dari Australia. Mereka terkenal dengan Eureka Tower yang pernah menjadi bangunan tertinggi di Australia.
Setakat Ogos 2020, teras menara Merdeka 118 dah pun berjaya cecah tingkat tertingginya iaitu pada tingkat 118.
Tahun 2019, apabila bangunan ni semakin meninggi, ia mula jadi perhatian. Merdeka 118 adalah pelaburan hartanah untuk PNB yang memakan masa sekurang-kurangnya 10 tahun untuk break-even.
Merdeka 118 bakal siap dan dibuka kepada umum pada tahun 2021. Ketinggiannya yang mencapai 635 meter menjadikannya sebagai bangunan tertinggi di Malaysia, tertinggi di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di dunia.
Kalau nak tengok macam mana menara ni dibina, boleh tonton dokumentari ni. Ada diterangkan secara terperinci bagaimana mereka bawak kren naik dari bawah ke atas.
Semoga semua yang membaca thread ni dipanjangkan umur untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri menara gergasi ini pada tahun 2021. Aminn
Sumber: Skyscrapers MY