Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Remaja derita jangkitan otak selepas picit jerawat di hidung guna jari

0


Seorang remaja perempuan di China mengalami jangkitan teruk di bahagian otak selepas dia memicit jerawat di hidung dengan menggunakan jari. 

Yang, 19, mengadu berasa sakit yang berterusan di bawah kulit berdekatan mata selepas dia memicit jerawat di hidung. 

Yang terus dibawa ke sebuah hospital di Zhejiang dan beberapa hari kemudian dia mengalami demam serta mata kanannya bengkak. 

Kejadian itu terungkap ketika Yang dibawa keluarganya mendapatkan rawatan di Hospital Kedua Ningbo di bandar Ninghai. 

Yang didiagnosis dengan trombosis sinus kavernosa, gumpalan darah di sius kavernosa, yang merupakan ruang berongga terletak di bawah otak, di belakang soket mata. 

Gumpanan darah dapat berkembang ketika jangkitan mmenyebar ke sinus kavernosa dari hidung, sinus, telinga atau gigi.  Keadaan itu boleh mengancam nyawa walaupun penghidapnya diberi rawatan segera. 

Doktor berkata, jangkitan Yang berkembang selepas dia memicit jerawat di hujung hidungnya yang juga dikenali sebagai kawasan Segitiga Kematian. 


Timbalan Pengarah Jabatan Neurologi, Dr Han Kun berkata, Yang berada dalam keadaan kritikal ketika dibawa ke hospital. Dia mengalami demam berterusan 39 darjah Celsius dan menunjukkan tanda-tanda meningitis. 

Setelah diberi beberapa siri rawatan antibiotik, keadaan Yang kembali stabil ketika dirawat di Hospital Ningbo. 

Jeremy Brauer, Profesor Dermatologi Klinikal di NYU Langone Medical Centre berkata, apabila seseorang itu memicit jerawat, kotoran di jari dan bakteria di udara boleh menjangkiti luka terbuka yang menyebabkan jangkitan serius. 

Urat di belakang mata akan membentuk bekuan bagi menahan jangkitan dan memberi tekanan pada otak menyebabkan separa lumpuh atau sepenuhnya dan dalam beberapa kes ada yang menyebabkan kematian. 

Jika tidak dirawat, jangkitan pada rongga sinus boleh menyebabkan kehilangan penglihatan, menjejaskan otak dan meningitis. 

Sumber: Daily Mail

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram