Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Seram kalau berselisih dengan dia, sekali tahan 9 saman' - Warga Seremban imbau kenangan lucu dikejar mendiang polis trafik Singh ini

0

"Terima kasih kerana mewarnai kehidupan kami di Seremban bermain motor. Siapa tak kenal mendiang, tak cukup lama lagi duduk kat Seremban ni," demikian status Facebook dari individu bernama Bedol Dol Hadi yang viral di media sosial. 


Kenangan bersama mendiang yang merupakan anggota polis trafik yang dikenali sebagai Singh ini ternyata diakui ramai penduduk di Seremban. Melihat kelibatnya melakukan rondaan saja sudah cukup membuatkan para pesalah trafik tidak senang duduk. 


Menurut Bedol, mendiang handal dalam melakukan tugasnya terutama dalam 'hot pursuit' walau sehandal mana pun penunggang motosikal itu melarikan diri. 


"Siapa yang pernah kena kejar je tahu macam mana perasaan dia. Ikut railway, dia follow. Layan corner, dia follow. Kau cilok-cilok, dia follow. Dan boleh dikatakan semua part boleh," katanya. 


Penduduk di Seremban turut berkongsi pengalaman dikejar mendiang. 


Banyak detik-detik yang cemas dan kelakar. Meskipun tegas, mendiang seorang yang baik hati dan menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh berdedikasi. 


Semua itu kini hanya tinggal kenangan. Di kesempatan itu juga, netizen mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang. 


Buat penunggang motosikal, patuhlah pada peraturan dan undang-undang jalan raya. Usah melarikan diri apabila ditahan anggota polis trafik. Berikan kerjasama yang baik kerana mereka juga adalah manusia yang hanya menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. 

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram