Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Tak pernah dengar bunyi letupan sekuat itu' - Nahas helikopter Tan Sri Yahaya, hilangnya permata negara

0


Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Walaupun Allahyarham sudah 24 tahun meninggalkan dunia, namanya tetap menjadi sebutan rakyat Malaysia. Jasa dan sumbangan yang telah diberikan menjadikan beliau disanjung sehingga kini.

Tan Sri Yahaya Ahmad satu nama yang cukup terkenal pada era 90-an. Kredibilitinya sentiasa menarik perhatian sesiapa sahaja. Kematiannya pada tahun 1996, mengejutkan semua pihak.

Bagi memperingati jasa beliau, pusat Latihan kemahiran Institut Kemahiran Mara Pekan dinamakan semula sebagai sebagai Institut Kemahiran Mara Tan Sri Yahaya Ahmad dan terdapat sebuah jalan yang diberi nama Jalan Yahaya Ahmad yang terletak di Dungun, Terengganu.

KISAH kematian jutawan Melayu, Tan Sri Yahaya Ahmad yang pernah beli Syarikat LOTUS secara tunai.

Tan Sri Yahaya Ahmad satu nama yang cukup popular di tahun 90-an. Beliau adalah salah seorang usahawan atau tokoh koporat bumiputra yang berjaya dihasilkan di zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM.

Beliau pernah menggegarkan dunia apabila membeli Lotus secara tunai. Pembelian tunai itu dilakukan setelah orang putih di Lotus tidak percaya kemampuan beliau untuk membelinya. Tanpa bercakap banyak beliau bawa wang tunai untuk membelinya.

Tan Sri Yahaya Ahmad semasa hidupnya mengetuai DRB Hicom. Banyak perniagaan yang dijalankan di bawah rangkaian DRB Hicom pada masa itu termasuklah Proton, Alam Flora, Intrakota dan banyak lagi.

Kejayaan Tan Sri Yahaya Ahmad banyak didokong oleh Tun Dr Mahathir. Boleh dikatakan beliau adalah anak emas Tun. Sewaktu melawat jenazahnya Tun menangis teresak-esak. Tun banyak memberi serta meluluskan projek-projek perniagaan kepada DRB Hicom kerana sikap Allahyarham yang baik.

Beliau tidak sombong, merendah diri serta menolong orang ramai. Satu projek yang kerajaan berikan kepadanya, seribu projek dia turunkan kepada usahawan-usahawan bumiputra yang lain. Tun memang banyak bergantung kepadanya pada masa itu untuk menolong usahawan-usahawan bumiputra.

Beliau tidak menipu Tun dan beliau boleh buat apa yang Tun arahkan dalam usaha menolong kaum bumiputra. Beliau lakukan dengan sejujur-jujurnya dan seikhlas-ikhlasnya.

Hubungan rapat antara Allahyarham dan Tun pada ketika itu menimbulkan ketidaksenangan ahli-ahli korporat lain yang berperangai lintah darat. Mereka dengki kerana semua projek-projek besar pada masa itu pergi kepada DRB Hicom.

Allahyarham pernah belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar bersama-sama dengan Anwar Ibrahim. Selain itu menurut sumber, Anwar Ibrahim pernah berkrisis dengan Allahyarham semasa di UM.

Berita pilu yang diterima di awal pagi bulan Mac 1997 oleh rakyat Malaysia disambut dengan rasa tidak percaya. Cerita bagaimana seorang usahawan yang terkenal dengan kegigihannya disingkatkan kecemerlangan kerjayanya masih dirasai terutama oleh syarikat-syarikat Kumpulan DRB-Hicom dan kakitangannya.

Ketangkasan dan wawasan beliau lebih-lebih lagi dirindukan di dalam suasana kumpulan yang diasas beliau lemas tersempit oleh kegawatan ekonomi. Ramai yang masih ingat akan kesungguhan beliau untuk menyelesaikan rungutan penumpang bas Intrakota terhadap tahap perkhidmatannya.

Dengan menunggang sendiri motosikal "Cub" beliau meredah di celah-celah kesibukan kenderaan KL tanpa mengira di awal pagi sebelum matahari terbit ataupun sewaktu panas yang terik. Tiada protokol yang dipentingkan beliau.

Yang lebih menyayatkan hati orang ramai ialah kerana beliau terbunuh ketika dalam menziarahi ibunya yang sedang sakit tenat (dan meninggal beberapa ketika selepas itu).

Betapa di dalam kesibukan beliau mengejarkan jadual yang ketat dengan pelbagai perkara yang riuh bermain di dalam kepala, beliau masih sanggup terbang pada waktu larut malam demi menunaikan kesetiaan sebagai anak yang ingin membalas jasa ibu.

Siasatan tragedi memakan masa lebih setahun untuk siap. Selepas siap, laporan tersebut mengambil masa yang lama pula untuk diumumkan.


Pesawat Agusta-109P yang mempunyai 6-tempat duduk itu menjunam 2,900 meter ke celah-celah pokok getah berdekatan dengan sebuah kampung dekat Kuala Lipis.

Pesawat yang dengan rasminya dimiliki oleh syarikat TSYA, Gadek Aviation Helicopter Sdn Bhd, adalah sebuah pesawat yang baru dibeli dan adalah model tercanggih yang dikeluarkan oleh pembuat pesawat Agusta dari Itali.

Syarikat pembuat telah menghantar jurutera mereka untuk menyiasat punca kemalangan tersebut. 

KRONOLOGI KEJADIAN:

10.45 malam - Helikopter Agusta A 109E milik Gadek Aviation Helicopter Sdn Bhd berlepas dari pangkalan helikopter di Segambut, Kuala Lumpur. Pesawat itu dijadualkan tiba di Kuala Terengganu jam 11.52 malam.

11.07 malam - Pada kedudukan 49 batu nautika ke arah 039 darjah magnetik, helikopter itu kelihatan berpusing sedikit ke kanan.

11.11 malam - Helikopter itu kelihatan mengarah 090 darjah dari kedudukannya yang lalu.

11.15 malam - Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan Subang dan hilang dari skrin radar. Pusat Kawalan Udara dimaklumkan mengenai keadaan itu.

11.25 malam - Polis Pahang menerima laporan mengenai kemalangan pesawat Agusta-109 itu yang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Atong di Jerangsang, Benta, 41 kilometer dari Kuala Lipis.

12.05 tengah malam - Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dimaklumkan polis mengenai nahas itu dan bergegas ke tempat kejadian.

1.00 pagi - Mayat mangsa dan bangkai pesawat ditemui. Semua mayat dihantar ke Hospital Kuala Lipis.

9.52 pagi - Semua mayat diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Hospital Kuala Terengganu untuk pemeriksaan forensik. 

10.50 pagi - Semua jenazah tiba di Hospital Kuala Terengganu.

2.05 petang - Jenazah Mejar (B) Azlizan dibawa ke padang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu untuk diterbangkan dengan helikopter Nuri ke kampungnya di Batu Pahat untuk pengebumian.

2.30 petang - Jenazah Tan Sri Yahaya Ahmad dan isteri dihantar ke rumahnya di Marang dengan kenderaan jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk pengebumian.

Selain Yahaya, dua lagi mangsa ialah isterinya, Puan Sri Rohana Othman, 49, dan juruterbang, Mejar (B) Azlizan Abdul Manas, 32. Helikopter Agusta A109E Power milik Gadek Aviation Services Sdn Bhd, anak syarikat DRB-Hicom, dilaporkan hilang pada skrin radar dan terputus hubungan pada jam 11.15 malam ketika dalam penerbangan dari ibu negara ke Kuala Terengganu, Terengganu. Helikopter yang mempunyai 6-tempat duduk itu menjunam 2,900 meter ke celah-celah pokok getah.

Ia baru dibeli ketika itu dan adalah model tercanggih yang dikeluarkan oleh pembuat pesawat Agusta dari Itali.

Tan Sri Yahaya Ahmad dan isteri, Puan Sri Rohana Othman, dikatakan ingin pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibunya yang sakit, tetapi malang umurnya tidak panjang kerana dijemput Ilahi ketika dalam perjalanan pulang.

Beliau yang juga Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, kali terakhir dilihat menghadiri majlis makan malam anjuran Persatuan Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada malam sebelum nahas.

Ketika dalam penerbangan, enjin pesawat malang itu dikatakan tidak berfungsi secara normal mengakibatkan kipas utama kehilangan kuasa dan berputar secara tidak seimbang lalu mengakibatkan tekanan terhadap struktur kipas.

Ketidakseimbangan ini menyebabkan kipas itu patah dan siasatan mendapati kipas utama helikopter patah sebelum pesawat terhempas. Tiga daripada kipas ditemui di tiga tempat berasingan, manakala satu bahagian lagi ditemui penduduk kampung beberapa hari kemudian.


Berdasarkan keadaan di tempat kejadian, helikopter itu dipercayai jatuh terhempas tanpa kipas utama kerana tidak ada kesan libasan kipas pada pokok sekitar kawasan kemalangan.

Sebaik saja helikopter itu terputus hubungan dengan menara kawalan, gerakan mencari dan menyelamat dijalankan. Berdasarkan maklumat beberapa penduduk kampung berhampiran dikatakan mendengar dua letupan, iaitu sekali di udara dan sekali lagi di tempat pesawat itu menjunam.

Ketika anggota polis tiba di tempat kejadian, bangkai helikopter itu masih terbakar dan ada serpihan ekor yang tertulis perkataan DRB.

Kira-kira 20 anggota polis, lima pegawai, diketuai Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Mahmud Embi, menjalankan gerakan mencari mangsa di kawasan lingkungan 50 meter dari tempat kejadian, tetapi gagal menemui mayat berkenaan.

Gerakan yang turut dibantu kira-kira 10 anggota bomba dan penduduk kampung diteruskan hingga mayat ketiga-tiga mangsa ditemui pada jam 1 pagi di bawah serpihan helikopter itu.

Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui di bawah cebisan bangkai helikopter itu, kira-kira dua jam selepas pesawat terhempas dengan jarak yang tidak berjauhan antara satu sama lain. Pasukan mencari dan menyelamat juga menemui sebelah kasut wanita dan sebuah beg tangan.

Semua mangsa yang rentung dibawa ke Hospital Kuala Lipis, kira-kira jam 5.20 pagi untuk dibedah siasat sebelum dibawa ke Marang, Terengganu.

Jenazah kemudian diterbangkan dengan pesawat Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia pada jam 9.45 pagi ke Hospital Kuala Terengganu dan dikebumikan. Di tempat kejadian, pasukan pencari serpihan dan barangan nahas menjumpai dua beg dipercayai milik tokoh korporat itu dan isterinya.

Kedua-dua beg dijumpai di kawasan bukit kira-kira 300 meter dari tempat tragedi pada jam 1.30 tengah hari pada hari keempat nahas.

Pada hari ke-12 selepas nahas, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menemui bilah rotor terakhir helikopter. Sebelum itu, satu daripada kipas helikopter dijumpai kira-kira satu kilometer dari bangkai pesawat, manakala tiga lagi dijumpai antara 200 hingga 300 meter dari situ.

Sumber: Mat Hades

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram