Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Tak salah nak main basikal, tapi jangan menyusahkan orang' - Netizen luah rasa geram

0



Berbasikal dilihat sudah menjadi satu trend rakyat Malaysia bukan sahaja dalam kalangan anak-anak muda, malahan satu keluarga mula meminati aktiviti sihat ini. Tidak ketinggalan, artis-artis dan juga selebriti turut menjadikan aktiviti seperti ini sebagai satu hobi. 

Aktiviti ini dilihat mempunyai banyak manfaat, tetapi ada juga kesan sampingan jika kita tidak mengikut peraturan yang disediakan. Banyak manfaat kesihatan yang diperolehi melalui aktiviti berbasikal ini, antaranya adalah membakar kalori.

Menurut artikel yang disiarkan HelloDoktor, berbasikal dalam kadar setengah jam dengan berat 155 paun boleh membakar sebanyak 260 kalori. Antara lain, baik untuk sendi, manfaat kepada jantung dan ada kajian yang dijalankan oleh King College London mengatakan dengan berbasikal jangka hayat seseorang lebih lama.

Namun begitu, berbasikal tidak salah tetapi perlu mengikut peraturan jalan raya. Jika dilihat, penunggang basikal seolah-olah tidak mengendahkan keselamatan di jalan raya.

Seperti di Putrajaya, trek bagi pejalan kaki dan juga penunggang basikal sudah disediakan tetapi masih ada individu dan masyarakat seolah-olah tidak peka dengan peraturan. Mereka kelihatan seperti selesa menunggang di jalan raya tanpa memikirkan keselamatan mereka dan pengguna jalan raya yang lain.


Isu penunggang basikal ini juga pernah disuarakan di Facebok page 'Asal Gombak'. Trend tersebut telah menimbulkan situasi yang tidak menyenangkan di Kawasan Batu 12, Jalan Gombak. 

Kebanyakan mereka akan memulakan aktiviti berbasikal di Hospital Orang Asli Gombak dan meletakkan kenderaan mereka di situ. Tetapi, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa hadapan Hospital Orang Asli Gombak adalah tempat persinggahan Bas Rapid bagi stesen yang terakhir. 

Disebabkan sisi jalan sudah dipenuhi dengan kenderaan penunggang basikal, pemandu bas terpaksa meletakkan bas mereka di bahu jalan sebelah kanan dan sangat merbahaya bagi kenderaan yang datang dari arah Jalan Lama Gombak.

Antara luahan netizen di media sosial:







Oleh yang demikian, penunggang basikal dinasihatkan agar melakukan aktiviti ini dengan mengikut peraturan keselamatan. Jangan terlalu ghairah mengisi aktiviti sukan sebegini tanpa memikirkan keselamatan, nyawa diri dan orang lain. Bagi yang mengikut peraturan jalan raya, syabas diucapkan!

Sumber: Hello Doktor, Asal Gombak

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram