Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Tak sempat 'looting' dah 'TOO SOON', 2 lelaki diberkas kerana pecah rumah

0
Hasil tindakan pantas penduduk di sebuah taman perumahan berjaya menggagalkan hasrat dua lelaki melarikan barang berharga dari rumah penduduk yang dipecah masuk. 

Dalam kejadian yang berlaku pada 12.30 tengah hari semalam di Taman Bukit Indah, kedua-dua suspek berusia 33 dan 41 tahun itu diberkas polis, 10 minit selepas Balai Polis Bukit Indah menerima makluman dari pengadu. 

Ketua polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pengadu memaklumkan ada ternampak kelibat dua suspek terbabit yang menaiki Nissan Grand Livina berada dalam keadaan mencurigakan apabila mereka berhenti di lorong belakang rumah. 

Salah seorang suspek dilihat masuk ke rumah tersebut, manakala seorang lagi rakannya menunggu di luar. 

Pasukan Tindakan Khas dikerahkan ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap dua suspek terbabit. 

Polis turut merampas alat pemotong, playar, sebatang besi berbentuk T, dua pasang sarung tangan, dua unit telefon bimbit dan kereta yang digunakan suspek yang didaftarkan di atas nama adik salah seorang suspek. 

Ketika kejadian, pemilik tiada di rumah dan masih berada di Singapura susulan perintah berkurung yang masih berkuat kuasa di negara itu. 

Ujian saringan air kencing juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methaphetamine, selain masing-masing mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Kosmo Online

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram