Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Tiba-tiba bergetar seluruh badan' - Ibu & bayinya terkena renjatan elektrik dalam bilik air

0


Seorang wanita dan bayi lelaki nyaris maut akibat renjatan elektrik dalam kejadian yang berlaku di sebuah hotel penginapan. 

Hasrat untuk memandikan anaknya itu di sinki terbantut apabila mangsa, Khairunnisa Hamzah, terasa badannya bergetar sebelum menyedari dia dan anaknya terkena renjatan elektrik.

Dua beranak itu bagaimanapun bernasib baik kerana tindakan pantas si ibu menarik anaknya berjaya menyelamatkan diri mereka dari tragedi yang tidak disangkakan itu. 

BILIK mandi, asing. Tandas, asing. Sinki, asing. Lalu saya cucikan baby Asytar di sinki. Alang-alang cuci, saya bukakan bajunya sekali untuk mandi sebab tinggal satu saja pampers untuk digunakan sebelum turun ke bawah gunung. 

Sedang saya membuka bajunya, tiba-tiba saya rasa bergetar seluruh badan seperti terkena renjatan elektrik! Ya benar! Saya dan baby Asytar terkena renjatan elektrik! 

Dalam beberapa saat, otak saya jadi blur. Kemudian saya dapat menjerit, "LETRIK!!!".

Dengan kuat saya cuba menarik Asytar keluar dari sinki walaupun saya dan dia sama-sama terkena renjatan. Bila tarik sekuat hati, saya tersandar ke dinding, barulah renjatan itu hilang. 

Saya terdiam, terdiam dan terdiam. 

"Apa?" tanya suami dari jauh di hujung tingkap. 

Saya masih terdiam dan tergamam seketika. Kami masih hidup, Allahuakbar. Mujur kuasa voltan rendah agaknya atau mujur belum ditakdirkan Allah untuk kami diambil nyawa. 

Rupa-rupanya baby Asytar menarik keluar alat pengering rambut (hair dryer) dari lekapan dinding di sebelah sinki. Alat pengering rambut itu automatik on selepas ditarik keluar dari bekasnya. Aystar tarik, lalu terjatuh dan tercelup ke dalam tangkungan air di dalam sinki.

Aystar yang terkena renjatan, dan mommy yang sedang peluk Asytar sama-sama terkena renjatan. Allahuakbar. Masih tergamam. 

Walaupun dah sampai rumah, kedua tapak tangan mommy masih rasa bagaikan ada elektrik. 

"Asytar macam mana bang?" tanya saya banyak kali semasa suami pakaikan pampers pada anak. 

"Okey, tak ada apa-apa," jawabnya.

Allahu.. Hotel di atas sana kecil saja biliknya. Sinki dia sebesar sinki di dalam pesawat. Dalam ruang sinki sempit itu, sempat mereka sediakan alat pengering rambutr. Maka, terjadinya musibah pada ibu yang ada baby suka mencapai apa saja. 

Kalau mommy masuk meeting pembangunan bangunan pelancongan, mommy nak haramkan alat pengering rambut berada di sebelah sinki demi keselamatan. Kita tak tahu siapa yang akan kena. Lebih baik alat pengering rambut diletakkan di meja solek, di luar bilik air. Elakkanlah letak alatan elektrik di dalam bilik air. 

Berkali-kali saya mengucap syukur kepada Allah dari tadi sampai sekarang. Ya, rasa mencucuk-cucuk di tapak tangan hingga ke sikut masih terasa. Semoga Allah sihat-sihatkan saja baby Asytar. 

Sumber: Puan Khairunnisa Hamzah

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram