Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

(Video) 'Kalau nak cepatlah, belanja minum sikit' - Wanita dakwa anggota trafik cuba minta rasuah dari suaminya

0

Viral di media sosial semalam, seorang wanita mendakwa dia bersama dengan suami dan anak kecilnya dalam perjalanan ke destinasi ditahan oleh dua anggota polis trafik yang sedang bertugas. 


Salah seorang anggota terbabit kemudian mengeluarkan saman terhadap suaminya atas dakwaan yang tidak dinyatakan. 


"Jangan tanya apa kesalahan yang kami dah buat, saya dan suami pun tak tahu. 


"Dia (anggota) tiba-tiba menahan kami. Dia kata kami memandu dan masuk ke laluan kenderaan lain tanpa memperlahankan kereta.


"Anak kecil kami yang duduk di belakang mula menangis apabila dia nampak orang yang tidak dikenali," tulisnya di Facebook. 


Apa yang lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa anggota terbabit meminta rasuah daripada mereka. Dalam video yang disiarkan di portal China Press, kedengaran anggota itu berkata, "Kalau nak cepat, belanja minum sikit". 


Bagaimanapun, wanita itu terus menolak dan meminta anggota terbabit segera mengeluarkan surat saman kepada mereka. 


Dalam perkongsiannya itu, dia juga meletakkan hashtag Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar pihak berkenaan menyiasat insiden tersebut. Tetapi netizen pula menasihatkan dia untuk terus membuat laporan polis dari hanya berkongsikan kejadian itu di Facebook. 



Sumber: China Press

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram