Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Suspek curi motor di PPUM alami simptom + kontak rapat PUS di PPR Kerinchi - Polis

0

Petang Sabtu (17/10/2020) dua lelaki yang disyaki mencuri motosikal di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya, berjaya dicekup.


Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 4.24 petang itu, perbuatan dua suspek terbabit cuba mencuri motosikal jenis Yamaha 125Z disedari oleh pemiliknya yang juga seorang anggota polis bantuan.


Anggota berkenaan terus meminta bantuan rakan setugasnya dan kedua suspek berjaya ditangkap. Beberapa peralatan seperti spanar T, pemutar skru, dan sarung tangan turut dirampas. 


Semakan mendapati, kedua-dua suspek berusia 19 dan 26 tahun mempunyai rekod jenayah dan kes akan disiasatan mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. 


Suspek pertama dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana cedera di bahagian bibir semasa bergelut. 


Polis juga mendapati, semakan suhu badan suspek kedua mencatatkan suhu tinggi iaitu 38.5'C dan telah ditahan di wad kerana mempunyai gejala penyakit Covid-19 seperti demam dan batuk. Suspek juga memaklumkan dia adalah kontak rapat kepada seorang PUS yang memakai gelang kuarantin di PPR Kerinchi. 


Sumber: Siaran Media IDP Brickfields

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram