Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

287 kes baharu & Malaysia masih PKPP, Abah dijangka pengerusi mesyuarat khas Covid-19 hari ini

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam memaklumkan sebanyak 287 kes baharu positif Covid-19 yang merupakan penularan tempatan.


Jumlah itu menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,771 kes. 


Negeri Kedah mencatatkan 129 kes, diikuti dengan Sabah sebanyak 113 kes dan Selangor 31 kes. 


Dari 287 kes itu, sebanyak 20 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Jumlah keseluruhan kes yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah 139 kes. 


KKM setakat hari ini belum membuat sebarang keputusan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Malaysia masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di mana semua sektor dibenarkan beroperasi mengikut SOP. 


Dalam perkembangan terkini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mempengerusikan mesyuarat khas Covid-19 pada hari ini. 


Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menerusi twitternya semalam. 


"Besok YAB PM sendiri pengerusikan mesyuarat khas Covid-19. Semoga ada tindakan yang tegas dan segera esok," tulisnya. 


Sumber: Astro Awani, Twitter Annuar Musa

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram