Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

30 perempondan terkedu diserbu 30 anggota penguatkuasa JAIK

0

30 perempondan terkedu apabila majlis sambutan hari jadi yang diadakan di sebuah hotel di Bandar Darulaman semalam diserbu 30 anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK). 


Kesemua perempondan yang berusia 20-an hingga 40-an yang berpakaian seperti wanita dengan memakai gaun dan kebaya diberi notis untuk hadir ke Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu pada tarikh yang ditetapkan. 


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Radzi Abdul Mutalib berkata, serbuan dilakukan pada jam 10.30 malam selepas pihaknya mendapat maklumat berhubung penganjuran majlis tersebut. 


Turut hadir dalam majlis itu adalah wanita dan warga emas, bagaimanapun mereka diminta untuk bersurai. 


JAIK juga memberi amaran tegas kepada seorang lelaki yang bertanggungjawab menganjurkan majlis tersebut dan diarahkan untuk hadir ke pejabat agama untuk membantu siasatan. 


Siasatan juga mendapati, kesemua perempondan terbabit datang dari pelbagai negeri. Semasa serbuan dilakukan, sedang berlangsung pada majlis itu acara pakaian beragam dan nyanyian karaoke. 


Kesemua perempondan terbabit disiasat mengikut Seksyen 26 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali. 


Sementara itu, penganjur majlis berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 31 enakmen sama kerana menggalakkan maksiat. Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram