Slider

Anwar dijangka buat pengumuman penting jam 2 petang ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat meninggalkan Istana Negara setelah sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.


Pertemuan itu dibuat bagi mempersembahkan dokumen yang mengatakan beliau mendapat sokongan majoriti Anggota Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baharu menggantikan Kerajaan Muhyiddin. 


Bagaimanapun, Anwar tidak memberhentikan kenderaan dan hanya melambai ke arah penyokongnya. Beliau juga tidak mengulas pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah. 


Sementara itu, pihak media dimaklumkan beliau akan membuat pengumuman penting pada satu sidang media khas pada jam 2 petang ini.

none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo