Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Bayi 1 tahun maut terperangkap dalam kereta (strok haba), bapa tak izinkan polis pecah tingkap kereta baru

0

LAS VEGAS - Seorang lelaki berusia 27 tahun enggan menerima bantuan dari anggota polis peronda mahupun abangnya untuk memecahkan tingkap kereta bagi menyelamatkan anak perempuan berusia setahun terperangkap di dalam kereta. 


Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.33 petang Isnin lalu di Martin Luther King Boulevard, Sayah, 1, terperangkap di dalam kereta bapanya, Sidney Deal, 27, yang ketika itu sedang bertengkar dengan teman wanitanya. 


Difahamkan, Deal sebelum itu sedang bertengkar dengan teman wanitanya dan wanita itu menghalau Deal dan anak perempuannya keluar dari rumah. 


Deal mengambil Sayah yang masih kecil itu lalu diletakkan di dalam kereta dengan pendingin hawa dibuka, lalu kembali masuk ke rumah itu menyambung pertengkaran di antara mereka berdua kira-kira 15 minit. 


Deal memujuk teman wanitanya mengembalikan semula telefon bimbitnya. Wanita itu akur dan Deal keluar dari rumah itu tetapi tidak beberapa lama kemudian dia datang semula meminta bantuan menghubungi syarikat insurans kerana pintu keretanya terkunci. Kunci kereta juga tertinggal di dalam kenderaan itu bersama dengan Sayah.


Teman wanitanya bersetuju dan membuat panggilan tersebut pada jam 3.06 petang. Perbualan berlangsung selama 23 minit dan Deal meminta panggilan itu ditamatkan kerana dia tidak bersetuju dengan caj harga yang dimaklumkan oleh pihak insurans yang mahu dia membayar caj perkhidmatan.


Polis peronda yang membuat rondaan di kawasan tersebut datang menawarkan bantuan. Deal memaklumkan, anaknya berada dalam kereta itu lebih kurang 42 minit. Namun polis percaya Sayah sudah terperangkap dalam kereta itu lebih dari satu jam. 


Anggota berkenaan menawarkan diri untuk membantu menghubungi tukang kunci, trak tunda, termasuk bantuan untuk memecahkan tingkap keretanya. Malangnya, Deal menolak bantuan itu dan hanya mahu meminjam telefon bimbit mereka agar dia dapat menghubungi abangnya. 


Abangnya datang ke tempat kejadian dan membalut tangannya dengan baju supaya tidak cedera ketika memecahkan tingkap kereta. Hasratnya untuk membantu terbantut bilamana dia dihalang oleh Deal yang tidak mahu dia berbuat demikian pada kereta baharunya itu kerana dia tidak mempunyai wang untuk menggantikan tingkap itu. 


Deal menjelaskan, anaknya berada dalam keadaan baik dan pendingin hawa juga telah dibuka. Walaupun Sayah berada dalam keadaan terbaring di lantai kereta, Deal mengatakan anaknya itu sedang tidur. 


Tidak tahan dengan kedegilan lelaki itu, polis nekad memecahkan tingkap dan mengeluarkan mangsa dari kereta. Mangsa yang berusia satu tahun itu kemudian disahkan telah meninggal dunia dipercayai akibat strok haba. 


Ekoran kejadian itu, Deal ditahan dan akan didakwa atas pertuduhan mengabai dan melakukan kecuaian sehingga menyebabkan kematian Sayah.


Sementara itu, ibu kepada Sidney Deal, Artavia Wilson dengan tegas menafikan dakwaan kononnya anaknya cuai dalam menjaga cucunya itu. 


Artavia berkata, Deal menyangka Sayah berada dalam keadaan baik dengan pendingin hawa yang telah dibuka dan menegaskan Deal amat menyayangi anaknya itu. 


Sumber: Las Vegas Sun

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram