Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Berniaga tu biarlah ada integriti & maruah' - Peguam tegur gerai nasi lemak double meaning

0

Baru-baru ini viral gambar di media sosial nama gerai nasi lemak yang mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang tak kisah, tidak kurang juga yang membantah kerana kata-kata yang digunakan pada 'banner' perniagaan itu menjatuhkan maruah wanita. 


Umum tahu, gerai Nasi Lemak Janda dengan tagline 'Lain Janda Lain Rasa' sedang viral di media sosial. 


Gerai yang dikatakan mula beroperasi sejak awal September lalu di Taman Bukit Cheras, banyak menerima kunjungan pelanggan. 


Pun begitu, penggunakan nama dan tagline tersebut menimbulkan rasa kurang senang sesetengah netizen. 


Perkara itu turut menarik perhatian seorang peguam untuk membuat teguran terhadap peniaga berkenaan. 


KALAU tanya sayalah, berniaga itu biarlah ada intergriti. Biar jenis yang bermaruah. 


Apabila ditanya tentang isu marketing yang ‘double meaning’ ini, semestinya saya tidak berkenan. Kalau ada slogan seperti “Nasi Lemak Janda, lain janda lain rasa”, mestilah saya tidak setuju. Niatnya untuk berniaga saya setuju tetapi cara pemasaran itu tidak kena. Mesej yang disampaikan juga tidak betul. 


Kalau katanya, dia maksudkan ‘lain janda, lain rasa’, masakan orang lain, lain sedapnya tetapi kenapa daripada 100% yang membaca, majoriti faham bahawa perkataan itu yang berbentuk ‘double meaning’.


Perkataan lucah ini tidak semestinya jelas dan terus. Saya rasa, kita faham apa yang cuba disampaikan secara berkias-kias.


Dalam tindakan fitnah di mahkamah, perkataan tidak semestinya jelas. Ianya boleh juga secara berkias-kias. Sebab itu mahkamah membenarkan tuntutan secara‘Innuendo’ (bahasa kiasan).


Innuendo berasal dari perkataan Latin iaitu innuere, "to nod toward." Di mahkamah pun bersetuju bahawa manusia ini ada yang berkias-kias.  Berkias atau tidak, fitnah tetap fitnah.


Sekarang ini banyak gaya pengiklanan yang berbentuk begini. Kalau dahulu, gaya pengiklanan begini banyak digunapakai pada produk-produk yang melibatkan hubungan suami isteri dan seks. Tetapi kini ada banyak produk yang tiada kena mengena pun, banyak yang mengiklankan secara ‘double meaning’. 


Saya juga dimaklumkan bahawa iklan Astro bertajuk ‘Turn me on’, dalam video tersebut turut ditayangkan dengan lirik dan seni kata seperti ‘klimaks’, ‘action in the car’ yang tidak patut disertakan pula dengan air terpancut, adegan kereta bergoyang, tangan mengenggam selimut dan lain-lain lagi.


Saya dikhabarkan iklan ini telah dipadamkan. Saya ini tidak gemar kalau mendengar lawak-lawak ‘double meaning’ atau lucah sekalipun. Tak kisahlah kalau hendak kata saya ini kolot atau konservatif sebab saya rasa melawak begitu, jenis tidak manis dan tidak sopan. Gaya sembang begini juga menggambarkan, keperibadian kita yang bagaimana.


Pernah tempoh hari, saya bertemu dengan sahabat handai. Salah seorang daripada kami mengandung, kemudian seorang lelaki mencelah “Mengandung lagi? Takde kerja lain ke? Projek je kerja!”


Ada beberapa orang di meja itu. Hmm. Anak saya pun ada. Mujurlah dia masih kecil dan tidak faham. Kalau besar sedikit anak saya itu, pasti di hadapan orang itu juga saya tutup telinganya. Sahaja hendak beri isyarat tidak setuju.


Kalau sudah guna slogan begini, sewaktu menjual nasi lemak. Datang pelanggan yang jenis ‘double meaning’ juga, contoh soalannya berkenaan rasa atau berkenaan saiz nasi lemak. Apa perasaan penjual ini? Adakah dia akan merasa tersinggung? Adakah dia terpaksa melayan juga sembang-sembang ‘double meaning’ begini, sebab dia yang mulakan tagline begini. Jadi bagaimana? Salah siapa?


Hendak dihormati, kita sendiri perlu memastikan diri ini layak dihormati. Ramai sungguh manusia tergila-gila buat marketing cara begini dan katanya ‘good marketing’ sebab jadi viral dan orang hendak membeli.


Hmmm. Saya tanya juga, bagaimana pula jenis ‘crowd’ yang ditarik dengan gaya pengiklanan begini? Yang jenis tulen hendak membeli atau yang jenis... faham-fahamlah sendiri. Nilai seorang wanita itu terletak pada harga dirinya dan hormatnya orang itu pada kita, berdasarkan bagaimana kita mencerminkan diri kita.


Sementara itu, tuan empunya gerai, Fara Ain melalui Facebooknya berkata, dia menerima semua komen netizen secara terbuka biarpun komen itu negatif. 


Tidak menjadi masalah kepadanya apa yang difikirkan oleh netizen kerana itu terpulang kepada pemikiran masing-masing. Malah dia memaafkan mana-mana individu yang berprasangka buruk terhadapnya. 


"Kalau nak bagi komen yang buruk-buruk, saya okey saja. Kalau hati itu hitam, kotor, semuanya itu selalunya berfikiran pun kotor je jadinya. 


"Cuba niat itu baik dan prasangka baik, jadinya baiklah kan. 


"Ada yang boleh terima dan ada yang tak boleh terima. Terima kasih di atas nasihat semua. Semoga murah rezeki buat kalian semua.



"TQ di atas viral-viral ini semua. Semoga Tuhan memaafkan orang yang berprasangka buruk itu. Saya maafkan, terima kasih," katanya. 


Sumber: Peguam Nor Zabetha, Fara Ain

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram