Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Dah buat 30 transaksi online baru tersedar kena tipu, guru rugi RM105K diperdaya scammer

0

Seorang guru wanita mengalami kerugian RM105,461 selepas terpedaya dengan sindiket menwarkan pinjaman wang di Facebook. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) IPK Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Ab Ghani berkata, mangsa tertarik dengan satu iklan tawaran pinjaman wang di Facebook pada 24 Ogos lalu.


Guru berusia 36 tahun itu kemudian menghubungi pihak iklan tersebut dan bersetuju membuat pinjaman sebanyak RM10,000 dan menghantar salinan kad pengenalan dan slip gaji kepada dua individu. 


Selepas itu, mangsa dimaklumkan permohonan pinjamannya diluluskan tetapi dia perlu membuat pembayaran tambahan iaitu duit setem, bayaran kewangan, yuran pemprosesan, yuran perjanjian dan internet. 


Mangsa yang masih belum mengesyaki apa-apa terus membuat pembayaran secara online pada 12 nombor akaun bank berbeza sebanyak 30 kali transaksi yang keseluruhannya berjumlah RM105,461. 


Menyedari dirinya tertipu kerana individu terbabit selalu meminta bayaran tambahan, mangsa terus membuat laporan polis di Balai Polis Bahau semalam. 


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram