Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Dana perniagaan adalah hasil dari titik peluh saya' - Chacha Maembong nafi terima dana dari Dato' Zaidi Kanapiah

0

Sabtu lalu, pelakon Chacha Maembong atau nama sebenarnya Siti Aisyah Ismail, 24, memuat naik kenyataan penafian terhadap dakwaan kononnya dia menerima dana dari suspek utama sindiket Macau Scam yang sedang disiasat SPRM, untuk memulakan perniagaan. 


"..saya telah mendapat tahu bahawa terdapat beberapa individu dalam media sosial yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah dan tidak benar terhadap saya bahawa, saya memulakan perniagaan dengan kononnya dana yang diperolehi daripada Dato' Zaidi Kanapiah dan saya terlibat dalam aktiviti 'Macau Scam' dan juga perjudian online. 


"Akibat dari kenyatan tersebut, saya telah mendapat kecaman di media sosial dan telah menjejaskan repustasi dan perniagaan saya. 


"Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah-fitnah dan kenyataan palsu tersebut," katanya. 


Menurut Chacha, sebelum kes sindiket Macau Scam dan perjudian online itu terbongkar, dia langsung tidak mengenai lelaki bergelar 'Dato' itu, malah tidak pernah berjumpa atau berhubung dengannya. 


Gambar dirinya bersama Datin Alya pada Januari 2017 juga adalah pertemuan atas dasar kenalan, bukanlah sebagai rakan karib. 


"...sumber dana perniagaan saya merupakan hasil daripada titik peluh saya. Untuk makluman, produk keluaran saya adalah kerjasama dengan sebuah syarikat ternama di Malaysia dan Asia. Ianya tiada kaitan dengan penglibatan dana atau modal dari sumber lain," katanya. 


View this post on Instagram

Read wisely..

A post shared by Chacha Maembong (@chacha_maembong) on


Justeru, Chacha berharap individu yang telah memfitnahnya tampil memohon maaf atau berdepan dengan tindakan undang-undang. 


"Saya tidak akan ragu-ragu untuk mengambil tindakan guaman terhadap individu-individu ini," katanya. 


Sementara itu, rakannya, Fara Mendoza juga turut menasihatkan Chacha memfailkan saja saman terhadap individu-individu berkenaan yang membuat kenyataan membabi-buta.


Sumber: Instagram Chacha Maembong

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram