Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Hampir sejuta rakyat Malaysia mengalami simptom depression - Kajian

0

Hampir setengah juta rakyat di negara didapati mengalami simptom tekanan atau depresi, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019.


Penaung Befrienders Kuala Lumpur Tan Sri Lee Lam Thye berkata kajian NHSM 2019 itu juga mendapati 424,000 kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental.


“Separuh daripada masalah gangguan mental mula dikesan pada usia 14 tahun dan tiga per empat daripadanya pada pertengahan usia 20-an. Oleh itu, perkara ini perlu ditangani segera,” katanya dalam satu kenyataan sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020, hari ini.


Beliau berkata pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menyebabkan tekanan emosi susulan perubahan persekitaran kerja seperti perlu bekerja dari rumah, hilang punca pendapatan dan pekerjaan serta bimbang terhadap keselamatan.


“Ada juga yang rasa ingin bunuh diri. Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 465 kes cubaan bunuh diri antara Januari dan Jun tahun ini,” katanya.


Lee berkata walaupun keadaan bertambah baik dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), statistik Befrienders Kuala Lumpur pula menunjukkan sebaliknya apabila terdapat peningkatan panggilan diterima daripada mereka yang mengalami kesusahan dan ingin bunuh diri pada bulan Julai, Ogos dan September berbanding April, Mei dan Jun.


Justeru, beliau berkata kerajaan dan KKM perlu menyediakan peruntukan untuk kesihatan mental, yang mana dalam Bajet 2020, hanya RM344.82 juta diperuntukan untuk kesihatan mental iaitu lebih dari satu peratus daripada keseluruhan peruntukan kesihatan, lebih rendah berbanding purata 2.8 peratus di peringkat antarabangsa.


“Data dari tahun 2018 menunjukkan terdapat 410 psikiatri di negara ini dengan nisbah psikiatri kepada penduduk 1.27 per 100,000. Ini jauh lebih rendah daripada nisbah disyorkan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) antara satu hingga 10,000," katanya.


Sementara itu, Lee juga menggalakkan Kementerian Pendidikan untuk menambah aspek kesihatan mental dalam silibus pendidikan termasuk membina daya tahan, belajar pengurusan tekanan dan kemahiran menyelesaikan masalah.


Pada masa sama, beliau berkata ibu bapa juga memainkan peranan penting untuk menyediakan persekitaran yang penuh kasih sayang dan memberi semangat kepada anak-anak untuk membesar dengan selamat, sedia meluahkan perasaan dan bercakap secara terbuka mengenai kesihatan mental mereka.


“Semua boleh menyumbang kepada peningkatan kesihatan mental. Mulakan dengan amalan penjagaan diri seperti pemakanan sihat, bersenam setiap hari dan tidur yang mencukupi setiap malam,” katanya.


Sumber: Bernama

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram