Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Instafamous pernah kata tak percaya, akhirnya meninggal dunia akibat Covid-19

0

Seorang lelaki yang juga influencer aktif dalam dunia kecergasan, Dmitriy Stuzhuk, 33, meninggal dunia dan disahkan positif Covid-19. 


Dmitriy sebelum ini pernah berkata, dia tidak percaya terhadap kewujudan virus berbahaya itu. 


Lapor Sky News, Dmitriy mengalami masalah kesihatan sepanjang perjalanannya ke Turki. Dmitriy kemudian pulang ke negara asalnya, Ukraine, dan dibawa ke hospital disahkan positif Covid-19. 


Lapan hari kemudian, Dmitriy dibenarkan keluar dari hospital. Tetapi Dmitriy mengalami komplikasi jantung akibat virus berkenaan dan dikejarkan semula ke hospital. 


Bekas isterinya, Sofia, 25, berkata, keadaan Dmitriy sangat kritikal dan tidak sedarkan diri. 


"Keadaannya sangat kritikal. Tiada apa yang dapat dilakukan sekarang. Saya cuma berharap ayah kepada tiga anak saya ini terus hidup," katanya. 


Tidak beberapa lama kemudian, Sofia memaklumkan Dmitriy telah menghembuskan nafas terakhir. 


"Hanya tinggal kenangan, tiga anak yang cantik dan pengalaman yang berharga," katanya. 


Sebelum ini Dmitriy pernah memuat naik video di Instagramnya ketika berada di hospital di mana lehernya bengkak dan sukar bernafas. 


Dmitriy dan Sofia bercerai enam bulan lalu dan perkahwinan mereka dikurniakan tiga anak dan yang paling muda berusia sembilan bulan.


Sumber: Sky News

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram