Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Isteri saya suruh lari tapi dia enggan & melawan perogol itu yang menetaknya sehingga tak bernyawa'

0

Beberapa hari lalu, Indonesia digemparkan dengan kes pembunuhan ngeri yang membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun. 


Mayat Rangga, 9, ditemui terapung di sebatang sungai ekoran dibunuh oleh lelaki yang telah merogol ibu kandungnya ketika bapanya keluar mencari ikan di sungai berhampiran.


Dalam kejadian itu, si ibu terjaga dari tidur setelah mendapati suspek memecah masuk ke rumah mereka dan dia terus membangunkan Rangga. Rangga ternampak lelaki itu tanpa seurat benang cuba merogol ibunya terus menjerit meminta pertolongan tetapi malangnya, jeritan itu tidak didengari sesiapa berikutan kedudukan rumah mereka yang agak jauh dari rumah jiran yang lain.


Bengang dengan tindakan Rangga, suspek bernama Samsul terus menetaknya dengan senjata tajam tanpa belas kasihan sehingga terputus nyawa. 


BACA LAPORAN BERKAITAN:


Fadli, bapa mangsa menceritakan, isterinya ada meminta Rangga lari menyelamatkan diri tetapi anak itu memilih untuk tidak berbuat demikian dan berusaha membantu ibunya dari diapa-apakan penjenayah itu.


"Isteri saya sempat menyuruh Rangga lari, tetapi dia tidak mahu lari, malah dia melawan lelaki itu. 


"Selepas terkena parang, dia sempat menjerit kesakitan dan terus terdiam. Mungkin saat itulah anak saya meninggal dunia," kata Fadli.


Difahamkan, Samsul pernah dipenjarakan selama 18 tahun atas kesalahan membunuh dan dibebaskan empat bulan lalu kerana mendapati asimilasi Covid-19.


Menurut Fadli lagi, anaknya itu merupakan seorang yang cerdik dan selalu mendapat tempat pertama atau kedua di sekolahnya. Rangga katanya juga sudah mampu membaca Al-Quran.


"Arwah memang berbeza dengan anak sebayanya. Dia cerdik, periang, tetap pendirian dan selalu bersaing di dalam kelasnya," katanya ayahnya sambil menitis air mata kesedihan.


Di Twitter, ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap Rangga dan mengutuk perbuatan keji suspek yang langsung tidak berperikemanusiaan. 


Sumber: Hashtag Trending Indonesia


LAPORAN BERKAITAN

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram