Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'Kami masih berada dalam negeri Selangor' - Bella ditahan polis kerana rentas sempadan negeri

0

Pelakon Bella Dally dan rakannya ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semalam. 


Nabilah Ali Dally, 29, ditahan untuk membantu siasatan selepas polis melihat satu gambar yang dimuat naiknya di Instagram yang menunjukkan dia bersama rakan berbasikal ke Genting Sempah, Bentong, Pahang, Ahad lalu. 


Siasatan mendapati, mereka berdua bergerak dari kediaman di Dutamas dan meletakkan kenderaan di sebuah restoran berhampiran Hospital Orang Asli, Gombak sebelum berbasikal melalui Jalan Gombak Lama ke Genting Sempah. 


Kira-kira lebih 10 kilometer kemudian, mereka berpatah balik ke kenderaan. 


Penahanan pelakon itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe. 


Sementara itu di Instagramnya, Bella memaklumkan dia telah memberi kerjasama kepada IPD Gombak yang mengambil keterangannya. 


Bagaimanapun Bella menafikan dakwaan dia dan rakannya merentas sempadan negeri. 


"Apa yang berlaku pada Ahad (18 Oktober 2020), saya dan seorang rakan melakukan aktiviti riadah berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran Hutan Lipur Sungai Tua yang berdekatan dengan sempadan antara negeri Selangor dan Pahang. 


"Satu gambar telah dimuat naik ke Instagram saya dengan kapsyen "Woohoo Genting Sempah with..." dan ia telah menimbulkan kekeliruan sehingga ada yang mendakwa saya telah merentasi antara dua negeri dan melanggar PKPB. 


"Namun perlu saya jelaskan, kami masih berada dalam negeri Selangor dan tidak merentasi sempadan antara dua negeri. 


"Jika saya berada di sempadan negeri, sudah tentu ada papan tanda dan garis sempadan antara Selangor dan Pahang untuk rujukan," jelas Bella. 


Bella juga memohon maaf di atas kekeliruan tersebut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. 



Sumber: Kosmo, Instagram Bella Dally

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram