Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Kes Covid-19 meningkat, sejuta pelajar tidak hadir ke sekolah

0

Kes positif Covid-19 yang meningkat secara mendadak menyebabkan sebanyak 1,754 buah sekolah di beberapa negeri tidak dapat meneruskan sesi persekolahan. 


Di Sabah, sebanyak 1,296 buah sekolah (500,000 pelajar) terpaksa ditutup bermula dari 10 Oktober sehingga 25 Oktober kerana trend di negeri itu masih menunjukkan peningkatan. 


Dalam kenyataan media semalam, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan sebanyak 298 buah sekolah di Petaling, Selangor juga ditutup bermula 12 hingga 25 Oktober, menjadikan sebanyak 440 buah sekolah ditutup (termasuk kawasan klang). 


Di Putrajaya, SMK Presint 8 (1) dan SK Presint 8 (1) yang dianggar melibatkan 2,978 pelajar turut ditutup. 


Di kedah pula, empat buah sekolah ditutup bermula semalam sehingga 17 Oktober yang membabitkan dua buah sekolah masing-masing di Baling dan Pokok Sena. 


Penutupan empat buah sekolah itu dibuat berikutan terdapat guru dan muridnya disahkan positif. 


Enam buah sekolah di Taiping juga ditutup selama tujuh hari bermula hari ini. Manakala dua buah sekolah di Johor juga ditutup. 


Sementara itu di Terengganu, empat buah sekolah di di dua daerah iaitu Kuala Nerus dan Dungun turut diberikan arahan penutupan bagi menjaga keselamatan pelajar/muridnya. 


Semenjak kes Covid-19 meningkat selepas tamat PRN Sabah, ramai ibu bapa menyuarakan kebimbangan untuk menghantar anak masing-masing ke sekolah, meskipun Timbalan Menteri Kesihatan memaklumkan kawasan sekolah adalah selamat untuk para pelajar. 


Sumber: Sinar Harian

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram