Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Ku Li hantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri

0

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah menolak Usul Tidak Percaya terhadapnya dibahaskan di Dewan Rakyat sebanyak dua kali. 


Perkara itu didedahkan oleh Tengku Razaleigh menerusi sepucuk surat yang dihantarkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada 25 September 2020. 


Menurut beliau, pencadang usul tersebut iaitu Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Muhyiddin menghalang usul itu dibahaskan dengan cara menyenaraikannya di penghujung senarai perbahasan. 


Dengan cara itu, perbahasan terhadap usul tersebut terhalang di samping pengundian terhadapnya tidak dapat dilaksanakan oleh Dewan Rakyat. 


"Usul Tidak Percaya ini adalah amat penting atas beberapa sebab keperlembagaan, termasuk kesahihan Kerajaan sekarang ini di bawah kepimpinan Perdana Menteri. 


"Sekiranya usul tersebut disokong oleh sebahagian besar (majoriti) Ahli-Ahli Dewan Rakyat, akibat keperlembagaan yang menyusulnya haruslah dipersembahkan ke pengetahuan Yang di-Pertuan Agong. 


"Saya berpendapat bahawa usul tersebut seharusnya dikemukakan kepada Dewan Rakyat sebagai perkara penting yang memerlukan perhatian segera agar Kerajaan kepimpinan Perdana Menteri kini dapat mengesah kewajarannya di Dewan Rakyat," katanya yang membuat cadangan itu berpandukan Perkara 62, Perlembagaan Persekutuan. 


Dalam surat itu juga menyatakan Muhyiddin telah menawarkan jawatan Penasihat Petronas kepadanya, tetapi beliau menolak kerana beliau akan hilang kelayakan menjadi Ahli Parlimen sekiranya memegang sesuatu jawatan berpendapatan. 


Bagaimanapun, Azhar membalas surat tersebut pada 29 September dan menolak dakwaan Muhyiddin tidak membenarkan usul tersebut dibahas yang dikatakannya sebagai tidak benar. 


Ini kerana Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menyatakan bahawa urusan Kerajaan hendaklah didahulukan berbanding urusan-urusan lain. 


Justeru, Azhar menasihatkan Tengku Razaleigh untuk membuat rundingan dengan Menteri Takiyuddin sekiranya mahu usul-usul persendirian diberi keutamaan. 


Sumber: Astro Awani

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram