Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Lastik warga emas sampai cedera, 2 lelaki mengaku bersalah

0

Padah menganiaya warga emas sehingga menyebabkan kecederaan, dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bachok hari ini. 


Mohammad Roslan Abdullah, 18, dan Muhammad Aziman Peli, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor. 


Berdasarkan pertuduhan, Mohammad Roslan dan Muhammad Aziman didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, Wan Bidah Wan Deraman, 67, dengan melastik tangan kirinya.


Perbuatan tidak bermoral itu dilakukan di persimpangan jalan Kampung Banggol Pauh pada jam 8.10 malam, Khamis 1/10/2020.


Kedua-duanya didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang menetapkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan bersalah. 


Mohammad Roslan dan Muhammad Aziman diperintah membayar jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin. Selain itu juga, mahkamah juga menetapkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat hadir ke rumah Muhammad Roslan bagi melengkapkan laporan sosial. 


Hukuman terhadap kedua-dua tertuduh akan ditetapkan pada perbicaraan 5 November depan. 


Sumber: Astro Awani 


LAPORAN BERKAITAN

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram