Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Lelaki merokok dalam restoran dilibas dengan pisau

0

Umum tahu kerajaan telah melaksanakan premis seperti restoran, warung dan yang sewaktu dengannya adalah zon larangan merokok dan individu yang ingkar akan dikenakan denda.


Namun, masih ada malaun yang ingkar dan selamba hantu raya merokok di dalam premis tanpa mempedulikan pelanggan lain yang kurang gemar dengan bau asap rokok. 


Baru-baru ini, seorang perokok yang tidak mempedulikan larangan itu menerima padah apabila dia dilibas dengan pisau pemotong daging oleh pemilik restoran. 


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, kejadian itu berlaku di Taman Selasih pada jam 2.15 petang Khamis (1/10/2020). 


Difahamkan, pemilik premis yang berusia 50 tahun itu menegur pelanggannya yang berusia 51 tahun agar tidak merokok di dalam restoran, tetapi tidak diendahkan. 


Kedegilan lelaki itu membuatkan pemilik restoran tidak berpuas hati lalu tercetus pertengkaran.


"Pemilik kedai itu mengambil pisau lalu melibas lelaki itu dan terkena badannya namun dia hanya mengalami kecederaan ringan di perut kerana sempat mengelak," katanya. 


Orang awam yang melihat kejadian itu terus membantu meleraikan pergaduhan itu sebelum kedua-duanya ditahan polis pada jam 5 petang. 


Semakan polis mendapati kedua-duanya tidak mempunyai rekod jenayah dan ditahan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempar dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. 


Pisau pemotong daging yang digunakan dalam kejadian itu turut dirampas. 


Azhar juga memberi peringatan kepada pelanggan restoran agar patuh kepada arahan larangan merokok di dalam restoran supaya kejadian seumpama ini tidak berlaku lagi. 


Sumber: Harian Metro

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram