Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Lelaki pukul anggota bomba dipenjara 6 bulan, denda RM6,000

0

Lelaki yang menumbuk anggota bomba ketika sedang memadam kebakaran pada keretanya beberapa hari lalu dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM6,000 di dua Mahkamah Majistret Kajang, hari ini.


Bagi pertuduhan pertama, Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Kan Hong Kit, 33, mengaku bersalah sengaja memukul anggota bomba, Alfred Rudy Anak Tungku, 26. 


Kan Hong Kit didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Suakasih, Bandar Tun Hussein Onn, Batu 9, Cheras, Hulu Langat, kira-kira jam 10.40 pagi, 15 Oktober lalu, mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 


Bagi kesalahan itu, Hong dijatuhkan hukuman penjara satu bulan yang bermula hari ini.


Bagi pertuduhan kedua pula, Majistret Syahrul Sazly Md Sain menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM6,000 selepas Kan Hong Kit mengaku bersalah di atas pertuduhan memandu secara melulu. 


Lesen memandu Kan Hong Kit turut digantung selama dua tahun.


Kan Hong Kit didakwa memandu kereta Proton Persona secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kerosakan kenderaan orang awam di lokasi sama. 


Sumber: Harian Metro


LAPORAN BERKAITAN

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram