Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

'My boss terduduk selepas dengar Selangor PKPB lagi, bisnes baru nak naik dah tenggelam lagi'

0

Semalam Kerajaan Persekutuan mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor bermula 14 hingga 27 Oktober 2020 bagi mengekang penularan wabak Covid-19. 


Pengumuman itu mengejutkan banyak pihak dan akur dengan keputusan kerajaan itu. 


Ada segelintir peniaga yang 'terduduk' selepas mengetahui pengumuman itu berikutan perniagaan yang baru saja nak distabilkan selepas PKP sejak Mac lalu, kini tenggelam semula. 


"My boss terduduk selepas after heard Selangor will be PKPB again. Perniagaan baru nak naik, saving company baru nak kukuh, baru boleh bernafas dah tenggelam semula. 



"Speechless. Semoga Allah lindungi kita, semoga kita tuntut hak kita setiap zarah di akhirat," kata Ikmal Hanif dalam perkongsian di Twitternya yang juga menarik perhatian ramai. 


Bukan itu sahaja, segala tempahan dibatal dan ditangguhkan menyebabkan perniagaan majikannya menurun seara drastik.


"Order being cancelled and postpone. Business drop drastically. Ini baru sikit, more to come. Peniaga kecil macam manalah nak survive ye?


"Meeting for a while tadi about how to survive and suara masing-masing sebak sebab dah tak tahu nak buat apa dah to sustain. May Allah protect us. 


"We're in the same storm but not the same boat. Those with capital are doing well through pandemic, while those without are suffering. 


"Semoga tabah, Tuhan bersama kita, bantu orang lain walaupun dengan hulur sebungkus nasi tanpa harapkan balasan," katanya. 



Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, perlaksanaan PKPB di tiga wilayah itu hanya membabitkan sektor sosial dan pendidikan sahaja. 


Sementara sektor ekonomi dan rantaian bekalan dibenarkan terus beroperasi tanpa gangguan. 


Walaupun begitu, dalam sesetengah perniagaan seperti dalam kes tweet viral ini, mereka mengusahakan perniagaan doorgift dan design untuk majlis perkahwinan. 


Perlaksanaan PKPB membuatkan pelanggan yang mahu menganjurkan majlis di tiga wilayah tersebut terpaksa dibatalkan bagi mematuhi PKPB.


Perkara yang sama turut dikongsi oleh netizen.



Sumber: Twitter Ikmal Hanif, Berita Harian

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram