Teks yang dicari... Tentang Penulis Alamat Emel... Enter Nama Alamat Emel Mesej Tentang Saya Laman ##1## of ##2## Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sept Oct Nov Dec

5/newsticker/Viral

4/bigslider1/Trending

404

Maaf, laman yang anda cari tidak dapat ditemui
Utama

3/block2/Semasa

Terkini

Necrophilia! Penganggur perkosa mayat wanita positif Covid-19

0

Seorang lelaki bernama Leroy Chacon dijatuhkan hukuman penjara kerana menceroboh masuk ke bilik mayat dan memperkosa mayat perempuan yang disahkan positif Covid-19. 


Leroy, 50, kantoi melakukan hubungan intim dengan mayat perempuan bernama Arakaka, petani berusia 56 tahun. 


Akibatnya, lelaki yang menetap di Amerika Selatan itu dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh mahkamah pada Rabu 30 September 2020. 


Leroy yang juga merupakan penganggur itu mengaku bersalah di atas pertuduhan melakukan kekerasan seksual terhadap mayat mangsa.


Dia dituduh melakukan perbuatan terkutuk itu pada 26 September di bilik mayat Hospital Port Kaituma. 


Lapor Kaieteur News, sekumpulan individu datang ke bilik mayat untuk melihat jenazah ahli keluarga mereka buat kali terakhir. Sebaik saja masuk ke bilik itu, mereka ternampak Leroy sedang melakukan perbuatan kejinya itu. 


Mereka terus melaporkan kejadian itu kepada pihak hospital dan Leroy terus ditahan oleh pihak berkuasa. 


Menurut sumber, Leroy selalu masuk ke dalam bilik mayat dipercayai untuk melakukan hubungan intim dengan mayat wanita dan itu bukan kali pertama dia ditangkap melakukan aksi jijik itu. 


Kini Leroy perlu menjalani kuarantin wajib akibat melakukan hubungan intim dengan mayat wanita yang disahkan positif Covid-19.

3/block3/Global

4/carousel2/Selebriti

3/block3/Santai

3/block3/Viral

4/carousel3/Seram