Slider

PKPB di Putrajaya, Kuala Lumpur & Selangor mulai 14 Okt

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaabob dalam sidang media sebentar tadi memaklumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. 


Menurut laporan Astro Awani, arahan tersebut berkuatkuasa bermula jam 12.01 tengah malam 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020. 



Menurut Ismail, arahan itu dibuat berikutan peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak.


"Untuk mencegah penyebaran jangkitan, Majlis Keselamatan Negara telah bersetuju untuk mengenakan PKP Bersyarat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.


"Ini akan mula berkuat kuasa dari tengah malam 14 Oktober hingga 27 Oktober," katanya hari ini.


none
Copyright © 2009 - 2022 The Reporter
Made with by Templates Zoo